Motosikal

TEASER BONNEVILLE 2016 DIDEDAHKAN

Triumph telah mengeluarkan video rasmi teaser pelancaran model baharu Bonneville dengan sistem penyejukan air pada 28 Oktober ini.

Triumph -Bonneville-2016-mekanika (1)

Triumph cuba untuk menyimpan maklumat rasmi seminimum yang mungkin. Namun mata-mata pengikut roda dua global telah mengikuti perkembangan model tersebut sejak terlihat model prototaip tiga tahun lalu.

Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu tidak banyak informasi yang diberikan. Video berkenaan menunjukkan sejarah model ikonik Bonneville bermula tahun 1959 sehingga ke hari ini.

Berdasarkan pemerhatian, beberapa petunjuk dapat dilihat menerusi gambar legenda bola sepak dan peminat motosikal, David Beckham bersama jentera Bonneville. Jentera  yang telah diubah suai itu menggunakan enjin 1,100cc ketika mempromosikan filem pendek arahan Belstaff.

Triumph -Bonneville-2016-mekanika (3)

Difahamkan Bonneville bakal menggunakan enjin baharu. Ia juga dipercayai ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1,100cc dan versi baharu enjin sedia ada 865cc bersama aplikasi penyejukan air . Teknologi itu digunakan untuk meningkatkan prestasi, selain dapat memenuhi peraturan emisi masa depan.

Kehadiran model itu dijangka menetapkan satu standard baharu bagi segmen retro daripada segi prestasi dan teknologi. Pada masa sama masih mengekalkan penggayaan asal 1960-an.

Tonton video di pautan ini: https://www.youtube.com/watch?v=phAsCh9l2Tg

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button