Motosikal

RAKAM AKSI SENDIRI TUNGGANG LEBIH 240KM/J, ‘RIDER’ INI DIGANTUNG LESEN 12 BULAN

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di United KIngdom telah dikenakan penggantungan lesen memandu selama 12 bulan di samping perlu menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam selepas didapati menungang motosikal melebihi had laju. 

Jack Godfrey, 24, didapati melakukan kesalahan itu ketika ditahan setelah didapati mengguna pakai nombor plat yang tidak mengikut standard. 

Bagaimanapun, ketika ditahan polis menyedari Godfrey sedang menggunakan kamera lalu apabila semakan dilakukan jelas menampakkann penunggang itu melakukan pelbagai kesalahan lain termasuk menunggang dengan laju, melakukan aksi ‘wheelie’ dan beberapa kesalahan lain. 

Rakaman video tersebut turut dimuat naik media tempatan, Sky News yang jelas memaparkan aksi bahaya dilakukan penunggang berkenaan. 

Apa yang pasti, tindakan menunggang motosikal secara melulu wajar dikecam namun merakam aksi berkenaan sehinngga menyebabkan diri sendiri kantoi adalah lebih memalukan. Perdana Menteri UK, Rishi Sunak juga pernah kantoi apabila memuat naik video di media sosial menunjukkan dirinya memandu tanpa memakai tali pinggang keledar. 

Menariknya, ketika Godfrey menonton rakaman video berkenaan bersama pihak polis, dia sendiri mengakui bahawa dia menunggang secara melulu sehingga pada satu ketika dia melakukan brek mengejut dan hampir hilang kawalan ketika tiba di bulatan. 

Google ads
Back to top button