Artikel Pilihan

VOLKSWAGEN JETTA MODIFIED ORIGINAL FAST & FURIOUS UNTUK DIJUAL – SEMESTINYA TIDAK MURAH

Kereta yang menjadi bintang utama filem Fast & Furious asal semestinya ialah Toyota Supra berwarna oren Brian O’Connor dan Dodge Charger Dominic Toretto. Tapi filem ini yang pada asalnya berpaksikan dunia perlumbaan jalanan semestinya banyak menampilkan kereta-kereta modified biasa dan bukannya supercar dan hypercar seperti francis filem mereka yang terbaru. Antara model yang dapat disaksikan pada peringkat awal semestinya ialah Volkswagen Jetta ini.

Volkswagen Jetta sendiri pun bukannya model ‘halo’ seperti Golf GTI ataupun Golf R. Bersepah sebenarnya model ini untuk dijual di seluruh dunia tapi yang menariknya, ini merupakan kereta asal yang muncul dalam filem Fast & Furious 16 tahun dulu.

Sudah tentu ia tidak mempunyai aura sehebat Toyota Supra ataupun Dodge Charger, tapi bayangkan perasaan seorang peminat tegar filem ini jika dapat memiliki secebis sejarah dari filem tersebut. Kereta ori pulak tu dan bukannya replika.

Kereta ini turut menyertai perlumbaab drag dalam filem tersebut sebelum tewas kepada Honda S2000. Dan kini selepas hampir 20 tahun , kereta ini masih dalam keadaan asal seperti pernah anda saksikan di pawagam, ataupun di rumah menggunakan cakera padat haram yang dibeli di Seksyen 2 Wangsa Maju.

BACA: IMPIAN 90-AN – SUZUKI SWIFT SUKAN

Jetta modified ini sebenarnya menggunakan enjin 2.0-liter empat selinder dan dipadankan dengan kotak gear automatik. Ooo parop…. benar, kebanyakan modifikasi pada kereta ini ialah dari segi kosmetik seperti kit aero, sport rim bersaiz besar dan stiker ala perlumbaan. Tapi jangan bimbang sebab seat Sparco tu dijamin original dan bukannya cap ayam dari kedai aksesori. Roll-cage pun ada boh.

Selepas tamat penggambaran, kereta ini djual kepada seorang aktor bernama Frankie Muniz yang memilikinya sehingga sekarang.

Kini ia disenaraikan untuk dijual oleh Luxury Auto Collection di Scottsdale dengan harga dalam linkungan RM400,000! Ingat ini bukan Jetta pakcik pencen bawak pergi pasar tapi ia datang lengkap dengan tandatangan Rob Cohen, pengarah F&F, Chad Lindberg (pelakon yang membawa watak Jesse) dan akhir sekali yang paling mahal, tandatangan Paul Walker sendiri beb.

GALERI:

Google ads
Back to top button