Buletin

VOLKSWAGEN PERKENAL LOGO DAN CI BAHARU. REKA BENTUK 2D RATA LEBIH RINGKAS

Volkswagen baru sahaja memperkenalkan logo dan identiti korporat (CI) yang baharu pada acara Frankfurt Motor Show 2019.

Logo itu menandakan bermulanya era baru buat jenama Volkswagen yang mana masa depannya ialah kereta elektrik, terhubung sepenuhnya dan memiliki emisi karbon yang seimbang. Ia melibatkan kenderaan penumpang dan kenderaan komersial Volkswagen. 

Kelihatan lebih retro dan ringkas berbanding logo terdahulu, ia menampilan reka bentuk dua dimensi rata yang lebih  jelas.

Volkswagen juga menyatakan logo itu sangat fleksibel dan telah direka menggunakan aplikasi digital. Logo baharu dengan iluminasi bakal dipasang pada kenderaan masa depannya.

Buat masa sekarang, warna logo itu ialah biru dan putih dengan warna lain akan ditambah kemudian.   

Pertukaran logo baharu itu akan mula dibuat apabila Volkswagen menyatakan logo tersebut di bangunan ibu pejabanya di Wolfsburg, Jerman.

Usaha menukar logo dijangka mengambil masa kerana penjenamaan ini disifatkan sebagai salah satu projek paling besar pernah dilakukan dalam industri automotif di seluruh dunia. 

Memandangkan Volkswagen kini beroperasi di 154 buah negara, ia perlu menukar 70,000 logo di seluruh dunia melibatkan 10,000 pengedar dan pusat servis. Ia dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan tahun depan.

Walaupun nampak ringkas, proses menukar reka bentuk itu sebenarnya sangat kompleks. Sebanyak 19 pasukan dalaman dan 17 agensi luar terlibat dalam projek ini. 

Volkswagen juga memperkenalkan ‘logo bunyi’ buat pertama kalinya. Ini akan menjadikan jenama Volkswagen lebih unik dari segi akustik, sama ada pada kenderaan mahupun komunikasi. 

Tags
Google ads
Back to top button