Buletin

VOLKSWAGEN PERKENAL PELAN INSURANS VIP

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan program insuransnya, Pelan Insurans Volkswagan atau “VIP”. Direka khas untuk meningkatkan pengalaman pemilikan, VIP menawarkan perlindungan yang komprehensif dan mudah. 

Sebagai pemegang polisi ini, antara kelebihan yang ditawarkan termasuklah kelulusan tuntutan diutamakan, bantuan tepi jalan dengan perkhidmatan menunda 24 jam, serta jaminan proses baik pulih yang dijalankan di pusat badan dan cat sah Volkswagen.

Ia juga mematuhi standard baik pulih dan hanya menggunakan alat ganti tulen Volkswagen sahaja.

Bukan itu sahaja, pelanggan tidak akan dikenakan kos pembaikan berlebihan dan nilai yang dipersetujui sehingga 10 tahun. Semua kelebihan ini melibatkan semua model Volkswagen tanpa mengura usia kenderaan tersebut.

VIP boleh dibeli di mana-mana pengedar sah Volkswagen ketika mendaftar kereta baru atau memperbaharui cukai jalan. Rakan panel insurans ialah Allianz General Insurance Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad.

Allianz menawarkan insurans konvensional, manakala Etiqa pula menyediakan insurans konvensional dan takaful.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu VIP dihasilkan di bawah falsafah Volkswagen Cares.

“Dengan VIP, semua pemilik Volkswagen tanpa mengira apa jua model boleh menikmati servis berkualiti dan bantuan tepi jalan pada nilai terbaik di bawah pelan komprehensif yang ditawarkan secara eksklusif buat mereka.” 

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my

Tags
Google ads
Back to top button