Artikel Pilihan

VOLKSWAGEN PHAETON – MODEL PREMIUM YANG GAGAL

Apabila menyebut jenama Volkswagen di era moden ini pasti kita terbayang model model kompak yang laju seperti Golf dan Polo. Tapi tahukah bahawa mereka sebelum ini pernah juga mengeluarkan sebuah model sedan mewah bersaiz penuh, Volkswagen Phaeton.

Model mewah dan premium ini sebenarnya telah mula berada di pasaran bermula tahun semenjak tahun 2002 lagi sehinggalah tamat produksi sepenuhnya pada tahun 2016. Cukup lama untuk sebuah model yang riwayatnya tidak berpengganti. Tapi sempatlah juga dapat 2 kali versi tingkat taraf (facelift).

Idea pembuatan model premium ini diilhamkan oleh Mendiang Ferdinand Piech yang merupakan Pengerusi Kumpulan Volkswagen ketika itu. Beliau mahukan Jurutera Volkswagen untuk mereka sebuah model yang mampu bersaing dengan jenama lebih berprestij seperti BMW dan Mercedes.

Walaupun di kalangan ahli keluarga mereka telah pun mempunyai model seperti Audi A8, namun model lebih bersifat lebih sporty. Tujuan model Phaeton ini direka pula lebih menumpukan kepada tahap keselesaan bagi sebuah limosin.

Menariknya Volkswagen Phaeton ini dibina berdasarkan Pelantar D1 yang turut dikongsi bersama Bentley Continental GT dan juga Continental Flying Spur. Manakala beberapa bahagian berkongsi bahagian dengan Audi A8 seperti enjin dan juga kotak gear.

Volkswagen Pheaton ini menggunakan enjin 4.2 liter V8. Namun nampak berkuasa tapi bolehlah nak menggerakkan badan kereta yang cukup besar dan berat ini dengan kuasa 335bhp.

Namun kelajuan bukanlah keutamaan bagi model ini. Melihatkan ruangan dalamannya memang kelihatan seperti berada dalam kelas yang tersendiri apabila penggunaan kulit berwarna coklat terang digunapakai pada tempat duduk. Dia punya empuk memang tak boleh nak lawan dengan sofa murah yang macam Brader Karrager beli di kedai perabot tu.

Sungguhpun demikian disebalik kemegahan model ini jualannya tidaklah gah. Ketika memasuki pasaran Amerika Syarikat pada tahun 2004, jualannya hanyalah 1433 unit sahaja. Dan setahun kemudiannya jualannya mampu terjual 820 unit.

Tahukah anda bahawa Volkswagen Phaeton ini turut pernah cuba untuk dijual di Malaysia dengan harga yang melebihi setengah juta ringgit. Dia punya harga memang level bangsawan. Kalau nak jual ke Bani Melayu memang tak ada siapa nak beli. Bani Melayu memang dah berbaiah dengan jenama BMW dan Mercedes ada untuk definasi kereta mewah ni. Iya tak?

BACA : PANDU UJI: VW PASSAT BUKAN BIASA BIASA

BACA : VW PASSAT PLUS – KINI LEBIH BAIK LEBIH MENARIK

Google ads

B K

Back to top button