Buletin

VOLKSWAGEN RAI PENGEDARAN 500,000 UNIT KERETA ELEKTRIK ID DI SELURUH DUNIA

Porsche baharu sahaja meraikan pencapaian produksi Taycan yang ke-100,000 baru-baru ini.

Syarikat induk Porsche, Volkswagen Group pula mencatatkan rekod penghantaran kenderaan elektrik di bawah subjenama ID. sebanyak 500,000 unit di seluruh dunia.

Menurut ketua unit jualan VW, Imelda Labbe berkata, “dengan jumlah penghantaran model ID sehingga setengah juta, ia membuktikan model-model VW mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan pelanggan kami di seluruh dunia.

Buku tempahan di VW masih lagi penuh, dan syarikat itu sedang berusaha untuk memenuhi 135,000 unit tempahan yang masih tertunggak.

Masalah kekurangan bekalan komponen turut mengakibatkan sasaran produksi kenderaan perlu diselaraskan kembali.

Namun, itu semua tidak menghalang Volkswagen daripada kekal berusaha untuk memastikan penawaran yang lebih malar segar, dan kini berada di landasan yang tepat untuk memperkenalkan sehingga 10 buah model baharu menjelang 2026. – Carscoops

Google ads
Back to top button