Buletin

YAMAHA XSR700 2023 TAMPIL IMEJ KLASIK. ENJIN DUA SILINDER 698CC, CUN HABIS!

Untuk motosikal moden dengan gayaan klasik, Yamaha memang tidak pernah mengecewakan.

Bagi mengeluarkan sesuatu yang signifikan dengan jenama, Yamaha XSR700 serba baharu tampil dengan gaya seperti scrambler dan speedblock klasik.

XSR700 edisi Legacy 2023 akan menggunakan tayar dwiguna Pirelli MT RS 60 RS. Selain menampilkan pelindung lampu depan bersepadu, bar hendal, susun atur tempat duduk, tempat letak kaki yang lebar, lampu depan dan lampu belakang LED XSR baharu berteknologi tinggi.

XSR700 menggunakan kerangka tulang belakang tiub yang ringan dan langsing. Ia juga didatangkan dengan warna baharu iaitu Speedblock Silver. Warna tersebut dipilih untuk mempamerkan estetika klasik dengan sentuhan moden.

XSR700 dikuasakan oleh enjin dua silinder 698cc, sama seperti Yamaha Tracer 7 yang kaya dengan tork.

Rangkaian sports heritage daripada Yamaha juga akan menampilkan model XSR125 yang dikemas kini pada tahun 2023. Ia hadir dengan bingkai Yamaha R125, casis forks hadapan 37mm, manakala enjinnya mampu menjan kuasa maksimum 14.8hp.

XSR125 2023 turut didatangkan dengan pilihan warna baharu iaitu Heritage White, Yamaha Blue dan Impact Yellow.

Google ads
Back to top button