Modifikasi

KENARI BODYKIT MOVE PEANUT

Pemilik Kenari ini kawan baik saya dari zaman sekolah lagi. Nama sebenarnya terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan peribadi dan supaya dia tidak menerima kutukan melampau daripada budak-budak kampung bila balik raya nanti.  

DSC_0144

Dia ialah seorang peminat kereta tegar yang saya rasa tak ada siapa boleh lawan. Kereta belum beli. Tetapi bodykit, rim, sunroof dah beli dulu simpan di rumah. Lepas itu, dalam banyak keadaan, kereta tak jadi beli. Perangainya tak pernah berubah. Hahaha….

DSC_0137

Masa sekolah dulu, dia bukan main eksyen lepas dapat kereta maknya, Proton Knight. Memang playboy habis masa tu. Saya ingat lagi dia guna rim 15 inci, bodykit fiber keliling, kaler kuning dan seat sport. Peh. Memang kagum betul saya tengok masa tu. Kalau jumpa hari ni memang kena terajang sebab ubah suai kereta macam tu.

DSC_0139

Sekarang kawan saya tu sudah insaf dan menjadi seorang suami yang soleh. Dia  sangat taat kepada ketua keluarga iaitu isterinya. Kalau bini tak bagi keluar, memang duduk rumah tengok TV Tom & Jerry. Fireblade 1000 parking sahajalah.  Jeling kat full face, bini ehem..ehem sikit je terus dia buat-buat ambil remote aircond pura-pura tukar bateri.

car_3

Kenari ini dibeli dari model yang agak rare iaitu jenis aircond tak sejuk punya spec. Dari tahun lepas lagi tak pernahnya nak sejuk aircond. Tetapi dia tidak pernah kisah sebab ada Myvi, Vios dan Fireblade. Kenari ini lebih kepada parking sahaja. Kalau iklan dalam mudah, dia akan tulis ‘seldom drive’, ‘weekend car’ atau ‘collectors item’. Bunyi dah serupa Porshe GT3.

DSC_0151

Kelajuan mengubah suai kereta ini seperti siput babi. Dekat setahun baru siap. Mengalahkan restore Datsun 510. Seperti yang anda boleh tengok, kereta ini dipakaikan dengan bodykit Move peanut tanpa visor.

DSC_0148

Bahagian dalaman pula dimodifikasi dengan memasang konsol tengah Move. Itu pun sebab nak pasang monitor in dash Pioneer 7 inci. Pemain DVD dipasang di bahagian pemain asal. Bahagian dalaman turut ditukar ialah semua tempat duduk dan karpet Move. Audionya ada tweeter Carrozeria yang rare tu, mid bass Carrozeria dan sebuah sub aktif Kenwood di belakang bonet.

DSC_0141

Dalam banyak-banyak benda yang gua rasa boleh puji, rim jelah kot. Rim Enkei AME Shallen ini saiznya 15×5 inci memang spec K-Car, offset 40. Tayarnya ialah Dunlop Formula dengan saiz 175/50/15. Suspensi pula Pro Ride.

[hr]SPESIFIKASI  

Model / tahun: Perodua Kenari / 2001

Enjin: K3VE YRV N/A

Kotak gear: Auto

Suspensi: Pro Ride

Rim: Enkei AME Shallen 15 x 5.5

Tayar: Dunlop Formula 175/50/15

Dalaman: Papan pemuka Kenari dengan konsol tengah Move. DVD JVC, monitor Pioneer, midbass dan tweeter Carrozeria, subwoofer Kenwood

Luaran: Bodykit Move L900 ‘peanut’

[hr]GALERI 

DSC_0130DSC_0132DSC_0142DSC_0152DSC_0153DSC_0157DSC_0160DSC_0133

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button