Buletin

VOLVO BATU PAHAT DIBUKA – BERI KHIDMAT KEPADA PELANGGAN DI MUAR, KLUANG & SEGAMAT

Volvo Car Malaysia (VCM) semalam melancarkan Volvo Batu Pahat bersama pengedar baharunya, AJ Premium Motors Sdn. Bhd.

Pusat 3S itu pasti memberi akses dan pilihan lebih banyak terhadap jenama Volvo kepada pelanggan di selatan tanah air.

Sejak VCM memulakan program transformasi jualan dan selepas jualannya, rangkaian Volvo telah berkembang daripada empat kepada sembilan pengedar dengan lebih banyak akan dibuka pada tahun ini.

“Dengan minat yang kian meningkat ke atas model-model Volvo, kami aktif membuka pusat pengedaran di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara,” kata Pengarah Urusan VCM, Lennart Stegland.

Harus tahu bahawa program transformasi itu bukan sekadar menambah rangkaian pengedaran Volvo, malah meningkatkan tahap kecekapan pengedaran sedia ada.

Semua pengedar perlu mematuhi standard Volvo Retail Experience (VRE) yang diamalkan di Eropah. Ia bukan setakat aspek estetika sahaja, tetapi servis yang ditawarkannya.

Pembukaan Volvo Batu Pahat bakal memberi kemudahan kepada pelanggan di kawasan Muar, Kluang dan Segamat. Berpegang kepada prinsip VRE, pusat 3S itu menampilkan ruang yang diinspirasikan gaYa Scandinavia

Volvo Batu Pahat dibuka mulaijam 9.00am hingga 6pm (Isnin-Sabtu) dam 11am hingga 5.00pm (Ahad dan cuti umum). Maklumat lanjut, sila hubungi talian 07 4312222 atau e-mel Pangurus Cawangan, Patrick Teo: [email protected]

GALERI 

Google ads
Back to top button