Buletin

VOLVO CAR MALAYSIA TAWAR JAMINAN 5 TAHUN DAN PERBATUAN TANPA HAD MULAI 1 JANUARI 2021

Volvo Car Malaysia (VCM) baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah menambah baik program jaminan kilangnya kepada lima tahun dan tanpa had perbatuan untuk semua kereta Volvo pemilikan peribadi yang didaftarkan bermula 1 Januari 2021.

Sebelum ini, pemilik kenderaan Volvo diberi jaminan selama tiga tahun/100,000km. Ia kemudian digabungkan dengan program jaminan lanjutan selama dua tahun/20,000km yang disediakan oleh rakan insurans luaran.

Dengan pengenalan jaminan baharu ini, pelanggan boleh menikmati perlindungan tanpa sebarang kos tambahan.

Inisiatif itu pasti memberi ketenangan minda kepada pelanggan selama lima tahun sebaik sahaja menerima kenderaan masing-masing. Mereka juga boleh mengharapkan kereta akan mendapat pengalaman servis premium oleh pekerja mahir.   

Pada Disember 2020, VCM mengumumkan semua pelanggan yang membeli model Volvo Plug-in Hybrid Vehicle (PHEV) layak menerima jaminan bateri voltan tinggi sehingga 8 tahun atau 160,000km (mana-mana tiba dahulu).

“Tawaran ini adalah sebahagian daripada komitmen kami terhadap kualiti kenderaan dan hubungan dengan pelanggan. Kami mahu pelanggan rasa mereka mendapat sokongan sepanjang tempoh pemilikan kenderaan masing-masing,” kata Pengarah Urusan VCM, Nalin Jain.

Google ads
Back to top button