Artikel PilihanBuletin

VOLVO PERKENAL TEKNOLOGI STERENG AUTOMATIK BANTU ELAK KEMALANGAN

Volvo sememangnya terkenal dengan teknologi keselamatan aktif dan pasifnya. Ia menang banyak anugerah, catat skor tertinggi dalam ujian NCAP dan juga salah sebuah kereta yang dinobatkan paling selamat di dunia.

Mereka memang fokus untuk teknologi sebegitu, sama seperti kereta Proton dengan pengendalian terbaik, Perodua yang jimat minyak atau Toyota yang tahan lasak.

Volvo akan perkenalkan SUV XC60 mereka dalam Pameran Geneva bulan hadapan. Terlebih dahulu, mereka kemaskini ciri menarik mod City Safety yang merupakan asas keselamatan kereta Volvo yang berhenti sendiri jika ada halangan di depan kenderaan.

Mod City Safety ini diperkemaskan lagi dengan kebolehupayaannya mengelak halangan tanpa memberhentikan kereta secara mengejut.

Katakan ketika memandu (dalam julat kelajuan 50km – 100km/j) dan ada kanak-kanak melintas, fungsi ini akan mengaktifkan stereng ke laluan lain bagi mengelak sebarang objek di depan. Bijak kan?

Ia diintegrasikan juga dengan Oncoming Lane Mitigation system di mana komputer akan mengarahkan stereng balik ke laluan asal bila pemandu berada di laluan trafik bertentangan. Sistem ini hanya diaktifkan pada julat kelajuan 60km hingga 140km/j dan sistem ini merupakan kemaskini terbaru dari sistem Blind Spot Information System.

Volvo komited untuk terus menghasilkan kereta yang selamat dan matlamat mereka ialah memastikan tiada kecederaan parah dalam kemalangan yang melibatkan kereta Volvo menjelang tahun 2020.

BACA: KERETA TERLARIS DI SWEDEN IALAH GOLF, BUKAN VOLVO

BACA: VOLVO S60 TERIMA STATUS EEV

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button