
KANJO – INILAH CARA JDM, DI SEBALIK KISAH PELUMBA JALANAN DI JEPUN
Di mana-mana negara sekalipun, pelumba jalanan (street racer) adalah satu “budaya” yang tak dapat disembunyikan. Namun jika ada sebuah negara yang memulakannya dengan cara lebih bergaya, sudah tentu sahaja ia adalah Jepun.
Dikenali dengan nama KANJO (KANJOZOKU), ia adalah perlumbaan malam yang dikatakan berasal dari Osaka, Jepun. Anak-anak muda ini berlumba di “litar” sepanjang 7.68km yang menghubungkan gabungan seksyen lebuhraya Hanshin berbentuk satu pusingan (loop)
BACA: CIVIC EK K20- INI CARA KANJOZOKU
BACA: DAIKOKU FUTO PA-MELIHAT AKTIVITI KANJOZOKU
Kereta-kereta Honda Civic menjadi jaguh di sini dan kerana itu juga, istilah “Kanjo” digunakan oleh peminat Honda di seluruh dunia untuk menggambarkan Honda Civic-street racer.
Satu masa dahulu, Kanjozoku sangat popular menjadikannya pentas pertandingan bagi kelab-kelab kereta di Jepun mempamerkan kehebatan masing-masing. Ia adalah perlumbaan yang merbahaya di jalanraya terbuka yang dibanteras dengan serius oleh pihak berkuasa Jepun.
Dalam keadaan lebih teruk, lingkaran lebuhraya ini ditutup bagi menghalang Kanjozoku masuk ke kawasan tersebut.
Namun pada hari ini, aktiviti Kanjo ini sudah berkurangan dengan mendadak. Ramai yang beralih ke perlumbaan di trek yang sah, ramai yang makin berusia dan mungkin berpindah ke Malaysia menulis di website mekanika.com.my (ok yang ni tipu)
Untuk lebih jelas, anda boleh tonton video di bawah. Lepas tu, barulah boleh faham apa maksud Kanjo dan apa maksud JDM.
kredit KANJOZOKU.COM