Artikel Pilihan

VOLVO HAMPIR JADI SYARIKAT MINYAK & GAS. UNTUNG 18 KETURUNAN

Sweden merupakan negara Eropah yang bersempadan dengan Norway dan juga Finland. Tapi disebabkan sikap pemerintah Sweden yang bijak ketika perang dunia pertama yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, Sweden terselamat daripada diserang oleh pihak berikat dan juga Jerman ketika perang dunia memuncak.

Ini membolehkan ekonomi Sweden kekal stabil dengan menjadi pusat perindustrian ketika perang berlangsung. Paling bijak ialah Sweden menjadi pembekal bijih keluli yang diperlukan oleh kedua-dua pihak yang berperang. Salah satu komponen keluli ialah alas bebola keluli yang digunakan pada jentera perang dihasilkan oleh syarikat SKF.

Svenska Kullagerfabriken merupakan perkataan Sweden yang bermaksud Swedish Ball Bearing Factory. SKF memperolehi untung yang sangat banyak ketika krisis tamat sehingga mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan wang tersebut. Jadi untuk memodenkan Sweden, SKF melabur dalam cabang perniagaan baru iaitu automotif dengan nama Volvo.

Pada tahun 1927 Volvo mula menghasilkan kereta pertama mereka dan tahun berikutnya mereka menghasilkan lori pertama buatan Volvo. Ketika perang dunia kedua meletus, Sweden sekali lagi mengambil langkah berkecuali dalam perang dengan tidak menyokong mana-mana pihak. Namun seperti biasa Sweden menyokong mana-mana pihak yang ingin berurus niaga. Money talks tuan-tuan.

Disebabkan sikap Sweden ini, kilang Volvo tidak pernah dibom oleh mana – mana pihak dan sebaik sahaja perang tamat Volvo mampu bergerak pantas dalam industri automotif. Pada 1950an mereka mula mengeksport kereta Volvo ke Amerika, membuka kilang baru di Kanada dan juga Belgium.

CEO Volvo ketika itu Pehr G. Vgyllenhammar berpendapat Volve mesti cepat membina lebih banyak model kereta untuk bersaing dengan Ford dan General Motor. Namun masalahnya ialah mereka kekurangan dana untuk melakukannya disebabkan terlalu cepat membina kilang di luar Sweden.

Jadi Mr Pehr cuba berunding dengan beberapa syarikat lain seperti SAAB untuk tujuan penggabungan syarikat. Namun usaha tersebut tidak berhasil. Rancangan Mr Pehr untuk untuk bergabung dengan Renault juga ditolak pada saat akhir rundingan. Ketika ini Volvo sudahpun menghasilkan model siri 200 yang serba mewah dan canggih.

Walaupun keuntungan jualan Volvo mencecah 61% dan kelihatan kukuh, namun mereka telah kehabisan dana untuk terus membangunkan model baru dengan segera. Terdesak untuk mencari dana dengan pantas, Mr Pehr menawarkan 40% pegangan saham Volvo kepada negara jiran mereka iaitu Norway.

Sebagai timbal balas, kerjaan Norway ketika itu yang terdesak mencari rakan kongsi industri bagi membangunkan ekonomi Norway menawarkan kepada Volvo sebanyak 80 juta USD. Namun disebabkan mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, Norway sedia memberikan 10% nilai petroleum yang baru dijumpai dalam perairan mereka di Oseberg yang terletak di Laut Utara.

Ketika itu telaga minyak tersebut baru sahaja dijumpai dan Norway masih belum memulakan proses carigali minyak lagi. Lembaga pengarah Volvo ketika itu menolak cadangan kerajaan Norway tersebut atas alasan cadangan tersebut tidak masuk akal. Keadaan ini ditambah buruk dengan majoriti rakyat Sweden menolak cadangan penjualan saham atas dasar patriotisme.

Volvo gagal mendapatkan persetujuan majoriti dalam urusniaga tersebut. Kerajaan Norway pula berjaya menggali telaga minyak di Osberg pada tahun 1979. Telaga minyak ini mencapai pengeluaran maksima 510 ribu tong minyak sehari ada tahun 1997. Ahli geologis menganggarkan simpanan petroleum di kawasan tersebut adalah sekitar 350 juta meter padu.

Angka tersebut dianggarkan mampu memenuhi 2.3 billion tong minyak dari satu lokasi sahaja. Anggaran penjualan petroluem ini adalah sekitar 220 billion USD. Selepas gagal mendapat dana yang diperlukan, jenama Volvo semakin tenggelam dalam industri automotif sehinggalah ia dibeli oleh Ford dengan nilai 6.5 billion USD.

Selepas gagal memulihkan jenama Volvo, Ford pula terpaksa menjual jenama Volvo kepada Geely dengan nilai 1.5 billion USD pada tahun 2010. Dalam masa 10 tahun dibawah Geely, barulah Volvo mencapai nilai sebanyak 30 billion USD. Bayangkan jika Volvo bersetuju dengan terma Norway, mungkin Volvo menjadi syarikat terkaya pada tahun 1979 dengan hasil bernilai 22 billion USD

Angka tersebut adalah dianggarkan bernilai 80 billion USD dengan nilai duit hari ini. Dengan duit yang sangat banyak, besar kemungkinan Volvo mampu membelanjakan duit dalam R&D bagi menghasilkan kereta yang lebih canggih. Ataupun Volvo melupakan terus dunia automotif dan menjadi syarikat petroluem tersohor seperti Shell, ExxonMobil dan juga Saudi Aramco.

Google ads
Back to top button