,
Buletin

TAK HANTAR BUDAK KE SEKOLAH, PENGUSAHA BAS TIDAK PATUT MINTA BAYARAN

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pengusaha bas sekolah tidak sepatutnya meminta bayaran daripada ibu bapa. Ia berikutan sekolah kini masih ditutup dan tiada perkhidmatan penghantaran murid dibuat. 

Justeru, tiada sebab untuk pengusaha bas meminta bayaran bulanan berkenaan. 

“Sepatutnya kalau tidak ada perkhidmatan dari bas sekolah itu, tentulah tidak boleh minta bayaran sebab bas ini adalah untuk perkhidmatan hantar anak ke sekolah. Kalau tiada perkhidmatan maka tiada sebab kenapa perlu meminta ibu bapa bayar,” katanya dalam sidang media hariannya semalam. 

Bagaimanapun, beliau akan membawa perkara itu kepada Menteri Pengangkutan untuk tindakan lanjut.

”Jadi bas ini bawah Kementerian Pengangkutan, lesennya saya percaya dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, kerana ia di bawah bidang kuasa kementerian itu.

“Saya akan bawa perkara ini kepada Menteri Pengangkutan untuk mengeluarkan arahan kepada operator bas mengenai apa mereka boleh lakukan dan tidak boleh lakukan,” tambahnya. – Astro Awani  

Tags
Google ads
Back to top button