Artikel Pilihan

INILAH 10 JENAMA KERETA PALING TAK BOLEH PAKAI YANG DISENARAIKAN OLEH JD POWER AMERIKA SYARIKAT

JD Power baru sahaja mengeluarkan laporan kajian sama ada satu-satu jenama boleh pakai ataupun tidak dan ini adalah 10 jenama dengan markah paling rendah untuk pasaran Amerika Syarikat.

Seperti biasa, setiap tahun JD Power menemu bual lebih dari 10,000 pemilik kenderaan tentang pengalaman dan masalah yang mereka alami dengan kereta yang mereka miliki selepas 3 tahun dibeli.

Semuanya merupakan unit yang dibeli baru dan bukannya terpakai. Kalau sebelum ini setiap tahun tempat tercorot dikuasai oleh jenama gabungan Fiat-Chrysler, kita tengok pula jenama-jenama baru yang tersenarai sebagai 10 terburuk tahun ini dab mengakibatkan ramai pemilik sakit kepala.

  1. GMC

GMC turut tersenarai sebagai 10 terburuk tahun ini walaupun markah menurun dari 156 PP100 dalam 2017 kepada 151 tahun ini (semakin rendah angka semakin bagus). Mungkin ia akibat kegagalan mereka mengejar dan mematuhi standard industri yang semakin ketat. Mungkin juga ia akibat pengenalan model-model baru seperti Canyon dan Sierra HD ke pasaran Amerika pada tahun 2015. Jadi masa 3 tahun selepas pengenalan memang sangat mencabar mana-mana pengeluar kerana terpaksa berhadapan dengan masalah teknikal.

  1. Volkswagen

Volkswagen memang sudah diramalkan akan berada dalam kedudukan 10 terburuk dalam carta tak boleh pakai. Walaupun markah mereka mereka ada sedikit perubahan iaitu dari 164 ke 157 tetapi ia masih di bawah paras sederhana. Pengenalan model baru popular mereka seperti Golf dan GTI pun tidak banyak membantu begitu juga dengan enjin disel baru yang dilengkapkan pada model terlaris mereka, Jetta.

  1. Acura

Jenama gagah pun akhirnya kecundang. Suatu ketika dulu Acura dikenang sebagai jenama yang bersaing dengan Lexus untuk 10 kereta paling boleh pakai tapi kali ini roda berada di bawah untuk mereka. Pada tahun 2016 mereka berada pada kedudukan ke 8 terbaik dengan 129 markah tapi kini terjunam dengan markah 167. Macam mana ni abang-abang H? Ianya mungkin akibat pelancaran model bari seperti MDX dan TLX.

  1. Jaguar

Jaguar memang mempunyai isu ini sejak dari tahun 80-an dan nampaknya sampai kini pun masih gagal menyelesaikannya. Yang peliknya kereta-kereta keluaran mereka merupakan antara yang tercantik meluncur di jalan raya. Pada tahun 2016 Jaguar tidak tersenarai kerana mereka tidak menjual kereta yang mencukupi untuk tujuan kajian tapi pelancaran F-Type pada 2014 melonjakkan angka jualan mereka serta merta.

  1. Volvo

Satu dari sebab Volvo tersenarai semestinya akibat pelancaran model baru best-seller mereka, XC90 pada tahun 2015. Sebuah model hebat dengan rekaan baru sepenuhnya dan sistem infotainment antara tercanggih. Ia bagaimanapun merekodkan 162 aduan pelanggan per 100 unit XC90. Meningkat lagi berbanding 154 pada 2017.

  1. Subaru

Ramai berpendapat, Subaru menghadapi masalah ini kerana sistem infotainment mereka yang teruk. Itu belum termasuk aduan tentang sistem Subaru EyeSight yang diperkenalkan pada produk Subaru yang dijual di Amerika Syarikat. Hasilnya ialah 167 komplen masalah untuk setiap 100 unit Subaru.

  1. Mitsubishi

Mitsubishi bukannya satu nama yang popular di AS kerana dikatakan tidak boleh pakai dan mempunyai isu reliabiliti. Tapi ia masih mempunyai peminat mungkin kerana pakej waranti yang menarik dan faedah-faedah sampingan yang lain. Markah 173 PP100 jelas menunjukkan yang produk mereka memang mempunyai masalah reliabiliti.

  1. Cadillac

Cadillac juga membuat peningkatan jumlah aduan masalah dari 152 PP100 tahun lepas kepada 186 tahun ini. model baru seperti Escalade tentu sahaja menjadi penyebab utama masalah-masalah yang timbul kepada pemilik baru mereka.

  1. Land Rover

Jenama pilihan tauke-tauke kosmetik di Malaysia ini memang jaguh dalam isu reliabiliti dari dulu. Tapi mereka sebenarnya membuat peningkat dengan markah 178 PP100 berbanding 204 PP100 tahun sebelumnya. Satu angka yang baik bagi Land Rover walaupun jika dibandingkan dengan jenama lain masih lagi sayur.

1. FCA (1 Chrysler, 3 Fiat, 4 Jeep, 8 Ram, 9 Dodge)

Nampaknya macam biasa gabungan jenama di bawah Fiat-Chrysler menguasai carta 10 jenama tak boleh pakai. Ianya mungkin juga kerana mereka mempunyai banyak jenama dan model di bawah satu payung. Daripada 159 PP100 tahun 2017 kini mereka mengumpul 211 komplen masalah untuk 100 unit kenderaan mereka. 2017 tu pun sebenarnya sebab mereka tidak melancarkan sebarang model baru.

Walaupun kajian yang dilakukan oleh JD Power disasarkan untuk jenama yang dipasarkan di Amerika Syarikat. Ia sebenarnya boleh dijadikan panduan dalam memilih model-model baru anda.

BACA: MAHU RASA GEMBIRA? PANDU KERETA SPORTS – KAJIAN FORD

Google ads
Back to top button