Buletin

VOLVO XC40 – SUV KOMPAK PALING SELAMAT DAN LENGKAP DALAM SEGMENNYA 

Volvo Cars memperkenal SUV paling kecil dalam keluara XC keluarannya, XC40 yang dilihat telah menetapkan penanda aras baru dari segi reka bentuk, teknologi dan keselamatan dalam pasaran SUV kompak.

Volvo mendakwa XC40 ialah SUV kompak yang paling selamat dan lengkap boleh anda beli di pasaran. Pengeluar dari Sweden itu melancarkan varian Momentum T5 (enjin empat silinder T5 Drive-E) pada harga AS$35,000 (RM147,000) seunit.

Varian T4 dengan pacuan roda hadapaan pula dijadual dilancarkan pada musim panas 208 pada harga AS$33,200 (RM139,500). Manakala varian hibrid dan elektrik akan ditambah kemudian.

Menjadi SUV ketiga keluaran Volvo, XC40 memberi fokus kepada ekspresi baru rekaan Scandinavia. 

“XC40 merupakan percubaan pertama kami untuk memasuki pasaran SUV kompak. Seterusnya meningkatkan minat pengguna kepada jenama Volvo dan menggerakkannya ke satu halu tuju baharu,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Volvo, Håkan Samuelsson.   

Jentera yang dijangka menerima sambutan hangat di seluruh dunia itu tampil dengan rangkaian warna badan dan 17 kombinasi warna badan serta bumbung. Dibina di atas platform CMA Volvo, penampilan XC40 diserlahkan menerusi lampu utama tukul Thor, lampu nyalaan siang dan gril baharu Volvo.  

Dari arah sisi, profailnya nampak atletik dengan garis badan yang kemas, rim bersaiz besar, arca roda dan jarak kelegaan tanah yang tinggi. 

Rang kabin pula memaksimum aspek kefungsian dan praktikaliti. Keseluruhan ruang itu bukan sahaja mewah, malah dilengkapi pelbagai ciri termaju dan menggunakan material premium. 

Sebagai sebuah Vovo. XC40 ialah SUV premium kompak itu disertakan dengan pelbagai ciri keselamatan seperti City Safety, Pilot Assist, perlindungan dan mitigasi Run-off Road, amaran Cross Traffic bersama sokongan brek, kamera 360° serta banyak lagi. 

Care by Volvo

Lebih menarik lagi, XC40 menjadi model pertama Volvo yang boleh dimiliki menerusi perkhidmatan langganan. Pengguna tidak perlu membayar pendahuluan, insurans, cukai da sebagainya. 

Care by Volvo akan membahagikan umlah bulanan yang perlu dibayar oleh pengguna dan bereka boleh mendapatkan kereta baharu setiap 24 bulan. Sebagai permulaan, perkhidmatan ini akan ditawarkan di  Sweden, Norway, Jerman, United Kingdom, Sepanyok, Itali dan Amerika Syarikat.

XC40 dikilangkan di kemudahan Volvo Cars di Ghent, Belgium bermula November depan. 

GALERI

Google ads
Back to top button