Motosikal

SUZUKI SV650X CAFE RACER – STAIL JUGA NI

Suzuki Motor Corporation dilapor bakal memperkenalkan SV650X pada acara Tokyo Motor Show 2017 bulan depan. 

Jentera tersebut merupakan evolusi daripada model konsep SV650 Rally yang dipertontonkan pada umum dua tahun lalu di acara sama. 

Konsep asalnya direka untuk mengingat kembali kereta dan motosikal rali tahun 1970-an. Reka bentuk Neo-retro menyaksikan SV650X dipasang dengan bikini fairing, skrin gelap, lampu kabus dan klip pada bar hendal yang akan ditawarkan sebagai aksesori tulen.  

Suzuki kini sedang menilai maklum balas pasaran dan reaksi pengguna sebelum SV650X diproduksi. Pastinya, ia akan dibina berasakan kepada model SV650 yang juga dikenali sebagai Gladius. 

“Model konsep SV650 Rally mencetuskan minat dengan gayaan retro yang cukup popular dalam kalangan pengguna. Setakat ini, kami tidak dapat mengesahkan bila ia akan diproduksi. Kami perlu membuat penilaian akhir terlebih dahulu,” kata Pengurus Besar Suzuki GB, Paul de Lusignan. 

Suzuki dijangka mengesahkan perancangan model tahun 2018 sebelum hujung tahun ini. Doa sahaja model ini termasuk dalam senarai. 

Google ads
Back to top button