Buletin

VPCM JADI PENGEDAR RASMI VW, TAWAR JAMINAN PENGELUAR SELAMA 5 TAHUN

Pakar peruncitan automotif dari Eropah, Porsche Holding Salzburg (PHS) baru-baru ini mengumumkan penyertaannya ke dalam pasaran automotif tempatan sebagai pengedar rasmi kenderaan Volkswagen, di bawah nama syarikat baharu Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

Volkswagen-Passenger-Cars-Malaysia-mekanika

VPCM diterajui oleh dua orang Pengarah Urusan iaitu Alin Tapalaga yang memantau operasi jenama dan sumber manusia. Sementara Florian Steiner pula bertanggungjawab ke atas aspek selepas jualan, teknologi maklumat dan kewangan.

Dengan aspirasi menjalankan perniagaan di rantau ini dalam jangka masa panjang, fokus utama VPCM melibatkan strategi jualan menerusi produk-produk pada masa depan. Di samping mengukuhkan rangkaian pengedar Volkswagen, servis dan kebolehdapatan alat ganti.

volkswagen-alor setar-mekanika (3)

“VPCM benar-benar komited terhadap pertumbuhan masa depan Volkswagen, di sebalik landskap automotif Malaysia yang sangat kompetitif. Dengan pasukan pengurusan sedia ada yang mantap, kami akan berusaha untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lengkap kepada para pelanggan. Pelanggan juga boleh boleh mengharapkan bahawa kami akan menambah rangkaian model CKD dan terus mengimport model CBU ke negara ini,” kata Tapalaga.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman pemilikan produk-produk Volkswagen, VPCM akan memperkenalkan jaminan pengilang selama lima tahun untuk semua kenderaan Volkswagen yang dibeli mulai 1 September 2016. VPCM juga akan melancarkan dua model penting Volkswagen iaitu Jetta baharu dan Passat serba baharu dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Volkswagen-Golf-facelift-2016-mekanika

Porsche Holding Salzburg merupakan pengedar automotif paling besar dan berjaya di Eropah. Syarikat yang berpangkalan di Salzburg itu ditubuhkan pada tahun 1947. Ia kini beroperasi di 26 buah pasaran di Barat dan Tenggara Eropah, China, Columbia serta Chile di Amerika Selatan.

Pengumuman ini hadir selepas satu siri langkah penggabungan dilakukan sejak enam bulan lalu oleh Volkswagen Malaysia. Mulai sekarang, Volkswagen Group Malaysia (VGM) akan memberi fokus kepada kepentingan perniagaannya di Malaysia iaitu jenama Audi dan operasi pemasangan tempatan di Pekan. VGM akan beroperasi di bawah kendalian Pengarah Urusan yang baru, Jeffrey Dehate berkuat-kuasa 1 Oktober 2016.Volkswagen-Passenger-Cars-Malaysia-mekanika

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button