Motosikal

AKSI BERANI MATI TURUN SEROMBONG SETINGGI 110 METER GUNA VESPA

Seorang pelagak ngeri, Gunter Schachermayr menunggang Vespa menuruni serombong setinggi 110 meter di Slovakia.

Lelaki kelahiran Austria itu melakukan aksi berkenaan dengan Vespa tergantung diikat pada tali menuruni serombong dalam keadaan duduk pada Vespa terbabit.

Dengan tayar skuter tersebut sentiasa berhubung dengan serombong, aksi dilakukan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan dalam keadaan sangat tinggi.

Schachermayr bukan suka-suka melakukan aksi merbahaya tersebut, dia dalam usaha mengumpul rekod Guiness World Records paling banyak dengan menunggang jentera Vespa.

Antara aksi berani mati dilakukan termasuk jentera Ferrari menarik skuter dinaiki Schachermayr pada kelajuan mencecah 200 km/j. – rideapart

Google ads
Back to top button