
KILANG ALAT GANTI KENDERAAN MUSNAH DIJILAT API
Sebuah kilang alat ganti kenderaan hangus sepenuhnya dalam kebakaran di Taman Perindustrian Batu Caves, di Gombak, Selangor.
Kebakaran melibatkan sebuah kilang alat ganti kenderaan berkeluasan 15,000 kaki persegi, bangunan kelas A.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.17 petang.

“Sebanyak 24 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Rawang, BBP Sungai Buloh, dan BBP Petaling Jaya digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya.
Jelasnya lagi, anggaran terbakar adalah 100 peratus termasuk seorang mangsa mengalami kecederaan di tangan.
Menurut Hafisham, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 4.07 petang. – KOSMO! ONLINE