Buletin

VW GOLF DIESEL (GTD) PUN OKAY, GAYA IRAS GOLF GTI!

Kereta penumpang guna enjin diesel okay ke? Ianya sesuatu yang janggal di pasaran tempatan di mana kereta penumpang menggunakan kereta dengan enjin diesel.

Walaupun begitu masih ada pengeluar yang berani menawarkan enjin diesel untuk kereta penumpang seperti BMW dan Ford di pasaran tempatan satu ketika dahulu.

Di Eropah pula enjin diesel adalah sesuatu yang biasa dengan tawaran yang pelbagai dan meriah.

VW Golf GTI

Sebagai contoh, Volkswagen baru sahaja melancarkan Golf GTD dan suatu yang menarik apabila gayaannya hampir menyamai Golf GTI. Selain Golf GTI dan GTD, VW turut melancarkan Golf GTE (plug-in hybrid).

VW juga menetapkan warna berdasarkan pilihan nadi kuasa iaitu merah untuk GTI, biru untuk GTE dan perak untuk GTD.

Dari segi sejarah, Golf GTD bukan baru sahaja bermula apabila generasi pertama dengan enjin turbo diesel diperkenalkan pada 1982.

Golf GTD baharu digerakkan enjin 2.0 liter empat silinder turbo diesel (TDI) dengan output kuasa 200 PS. Dengan sistem diesel, enjin EA288 evo itu menghamburkan kuasa setinggi 400 Nm.

Dipadankan dengan enjin TDI ialah kotak gear tujuh kelajuan (DQ381) sebagai pilihan standard.

Sebagai perbandingan, Golf GTI baharu dengan enjin 2.0 turbo EA888 evo4 transmisi manual mempunyai output 245 PS dan tork 370 Nm.

Angka tersebut menunjukkan perbezaan kuasa yang tidak ketara di antara model diesel dan petrol.

Dari luaran kedua-dua GTD dan GTI hampir sama dengan perbezaan minor seperti garisan gril berwarna perak dan merah. Kit badan juga sama cuma dari tepi GTI mempunyai pilihan rim berbeza.

Bahagian dalaman juga menggunakan komponen yang sama seperti meter digital dan kerusi sport corak berkotak baharu kini dinamakan Scalepaper.

Sedikit perbezaan ialah riasan perak pada GTD berbanding merah pada GTI.

Bahagian belakang GTD tampil dengan dua muncung ekzos pada sebelah kiri manakala GTI mempunyai dua muncung ekzos pada kanan dan kiri bampar.

Untuk kelengkapan keselamatan, kesemua Golf dipasangkan sistem bantuan seperti Lane Assist lane Keeping, Front Assist Autonomous Emergency Braking with Pedestrian Monitoring dan XDS electronic differential lock.

Menyokong dinamika pemanduan ialah kawalan casis adaptif DCC yang sentiasa bertindak balas kepada permukaan jalan dan situasi pemanduan.

Sistem itu turut mengambil kira pelbagai elemen seperti stereng, pembrekan dan pergerakan pecutan.

Untuk tetapan pemanduan berbeza, ada empat mod yang boleh dipilih iaitu COMFORT, ECO, INDIVIDUAL dan SPORT.

Melalui gayaan yang hampir sama dan kelengkapan canggih, pengguna kini tidak terhad kepada Golf GTI sahaja. Model mesra alam seperti Golf GTD juga tidak kurang hebatnya. Sporti dengan enjin diesel!

Tags
Google ads
Back to top button