Buletin

VW LANCAR KHIDMAT PEMBIAYAAN

Kini, urusan mendapatkan pembiayaan untuk membeli kenderaan penumpang Volkswagen menjadi semakin mudah.

VW-Jetta-CKD-RM130,888-mekanika (17)

Ini kerana Volkswagen Capital Advisory Sdn. Bhd. (VCA) yang merupakan anak syarikat milik penuh Volkswagen Financial Services AG bakal menawarkan khidmat pembiayaan dan insurans kepada mereka yang berminat.

Dengan pelancaran ini, penyedia perkhidmatan kewangan automotif terbesar di Eropah tersebut dilihat meneruskan strategi pengembangannya di peringkat global. Ia kini menawarkan perkhidmatan di 50 pasaran di seluruh dunia.

42-17713191

Pertumbuhan pasaran di rantau ASEAN semakin penting buat Volkswagen Group. Di Malaysia, Volkswagen sudahpun mengilang beberapa model dan membina rangkaian pengedarnya secara sistematik. Justeru, langkah memasuki pasaran ini dilihat tepat pada masanya.

“Kami ingin meningkatkan jualan kenderaan jenama Volkswagen dengan menawarkan produk yang menarik, di samping mengukuhkan hubungan di antara pengedar dan pelanggan,” jelas Pengarah Serantau Volkswagen Financial Services AG untuk pasaran China, India dan ASEAN, Reinhard Fleger.

Walaupun tiada pakej pembiayaan dinyatakan dalam kenyataan akhbar yang kami terima, VCA menyatakan pihaknya ada menawarkan khidmat kewangan berlandaskan kepada kewangan Islam.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button