Buletin

VW LANCAR PROGRAM JAMINAN MOBILITI

Volkswagen Malaysia semalam melancarkan program jaminan mobiliti sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kepuasan pelanggannya.

VW-mobility-program-mekanika (2)

Selari dengan langkah-langkah transformasi yang dilakukan sebelum ini, lebih 200 unit kenderaan Volkswagen akan digunakan untuk menyokong aspek mobiliti pelanggan.

“Volkswagen ialah OEM pertama di Malaysia yang melaksanakan program jaminan mobility yang ditanggung sepenuhnya. Kami kini mempunyai perkhidmatan mobiliti untuk menyokong rangkaian pengedar yang komprehensif,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller.

Harus tahu bahawa para pelanggan hanya layak untuk mendapatkan kereta ini daripada pusat servis sah Volkswagen sekiranya kereta mereka rosak dan tempoh pembaikan kereta mereka melebihi 24 jam.

“Kepuasan pelanggan merupakan keutamaan kami. Kami akan terus berusaha untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang memuaskan kepada semua pelanggan.” Tambah Keller. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button