Motosikal

HONDA UMUM PENGELUARAN 300 JUTA UNIT MOTOSIKAL

Selepas 65 tahun, Honda Motor Co., Ltd. sekali lagi mencatat sejarah apabila mengumumkan pengeluaran motosikalnya yang ke-300 juta unit. 

A Honda Foreman 4X4 on the line at Honda of South Carolina

Motosikal itu ialah sebuah Honda Gold Wing yang dikeluarkan di kilang Honda di Kumamoto, Jepun. Honda akan meraikan tahun ke-40 pengeluaran Gold Wing pada tahun 2015.

Honda memulakan pengeluaran motosikal secara massa di Jepun pada tahun 1949 apabila ia membina Dream Type-D bersesaran 98cc. Hari ini, Honda menghasilkan motosikal dan ATV di 32 buah kilang di 22 buah negara di seluruh dunia.

Dream Type-D

“Terima kasih atas sokongan daripada para pelanggan dan semua yang terlibat dalam aspek pembangunan, produksi dan jualan, Honda berjaya mencapai angka 300 juta unit.

“Kami akan terus menawarkan produk yang memberi kepuasan kepda pelanggan di setiap negara dan benua di dunia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Co., Ltd, Takanobu Ito.

Honda-300-million-motorcycle-mekanika (1)

Pada tahun 1958, Honda memperkenalkan Honda 50 yang dikenali sebagai Super Cub dan merevolusikan industri motosikal di seluruh dunia. Motosikal ikonik itu juga membuka jalan untuk Honda menembusi pasaran Amerika Syarikat dan Kanada.

Di Malaysia, pengaruh motosikal Honda memang besat. Model Cub dan EX-5 misalnya masih terus diminati hingga ke hari ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button