Buletin

VW PANGGIL BALIK 2,134 BEETLE

Para pemilik Volkswagen Beetle digesa agar menghubungi pusat servis berhampiran bagi membolehkan engkol gandar belakang (rear torsion crank axle) kenderaan mereka diperiksa dan dibaiki.

SONY DSC

Ia berikutan jabatan Jaminan Kualiti  Volkswagen baru-baru ini mengumumkan sebanyak 2,134 unit Beetle di Malaysia terlibat dalam proses panggilan semula itu.

Jika kereta ini pernah dilanggar dari belakang, trailing arm pada torsion crank axle akan rosak. Sekiranya kerosakan ini tidak dikesan dan dibaiki, ia boleh menyebabkan trailing arm patah secara tiba-tiba, seterusnya membuatkan kenderaan hilang kawalan. Untuk menyelesaikan masalah itu, inlay besi akan dipasang pada trailing arm gandar belakang kenderaan terbabit.

SONY DSC

Para pemilik Beetle yang terlibat akan dihubungi oleh pihak Volkswagen. Proses pembaikan ini bakal dimulakan pada suku pertama 2015.

Para pelanggan yang mempunyai adun atau tidak pasti kenderaan mereka dibaiki dengan betul selepas kemalangan sebelum ini perlu menghubungi pengedar Volkswagen masing-masing atau hubungi talian 1800-88-8947 untuk pemeriksaan secara percuma.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button