Stail

KOLEKSI MUSIM LURUH/SEJUK TITAN 2014

Titan telah mempersembahkan koleksi jam tangan terbaharunya untuk musim luruh dan sejuk.

titan-watches-mekanika (3)

Pengenalan itu dibuat sempena musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Justeru, Titan tampil dengan jam tangan premium dan penuh gaya.

Anda boleh memadankan jam-jam tangan ini dengan apa jua majlis atau mood, sama ada untuk sambutan Krismas atau tahun baru.

titan-Chrysanthemum-RM525-mekanika

“Pengguna di Malaysia telah menjadikan kami antara jenama jam yang popular di Malaysia. Jadi, kami amat teruja untuk melancarkan koleksi Fall Winter 2014 Collection by Titan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jam Tangan dan Aksesori Titan Company Limited, H G Ragunath.

titan-Optimus-RM1295-mekanika

Koleksi yang diperkenalkan ialah Titan Garden of Eden untuk wanita dan Titan HSE buat pelanggan lelaki. Setiap jam tangan ini memiliki rekaan tersendiri. Ia ditawarkan pada harga bermula RM425 hingga RM1,295 seutas.

titan-watches-mekanika (2)

Jam-jam tangan terbaharu ini boleh didapati di 150 kedai di seluruh Malaysia.
[hr]GALERI

titan-Elan-RM995-mekanikatitan-Humming-bird-RM985-mekanikatitan-Irakus-RM1125-mekanika

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button