Motosikal

WALAUPUN TERJATUH, QUARTARARO BERMULA DI PETAK PERTAMA MOTOGP THAILAND ESOK

Pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo membuktikan keupayaanya dalam kempen MotoGP di Thailand dengan menduduki petak pertama walaupun jatuh pada pusingan terakhir. 

Quartararo juga mencatat masa terpantas di Litar Buriram, Thailand sekali gus menafikan rekod yang pernah dicatat oleh bekas pelumba pasukan Repsol Honda, Dani Pedrosa dalam satu sesi ujian tahun lalu. 

Mengikuti rapat pelumba dari Perancis itu ialah pelumba pasukan Monster Yamaha, Maverick Vinales dan pendahulu saingan MotoGP, Marc Marquez. Maqrquez yang menjadi satu-satunya wakil Honda dalam Q2 dilihat cuba mengikut kelajuan Quartararo dan Vinales, tetapi gagal.

Sebaliknya, Quartararo menambah baik catatan masanya dengan 1m29.920s sebelum jatuh di Selekoh 5, sama seperti dialami oleh Marquez sebelum itu. 

Dengan Vinales dan Marquez berada di tempat kedua dan ketiga, rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli terpaksa berpuas hati untuk menghuni kedudukan keempat pada perlumbaan esok.

Dia diikuti oleh pelumba pasukan factory Ducati, Danilo Petrucci; Jack Miller (Pramac Ducati) dan Andrea Dovisioso untuk tempat kelima, keenam dan ketujuh. 

Senarai penuh kedudukan pelumba adalah seperti berikut: 

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin yang mewakili paskan Tech3 KTM hanya mampu berada di tempat terakhir di belakang pelumba baru pasukan factory KTM, Mika Kallio. 

kredit foto: Motogp.com

Tags
Google ads
Back to top button