Buletin

ISUZU ELF KINI SUDAH 60 TAHUN – TERUS UNGGUL DI PASARAN MALAYSIA

26 Ogos 2019 menandakan ulang tahun ke-60 pelancaran trak paling laris Isuzu, ELF.

ELF yang menjadi pilihan utama untuk segmen trak tugas ringan di seluruh dunia itu mula diperkenalkan oleh Isuzu Motors Japan pada Ogos 1959. 

Trak ELF sememangnya terkenal kerana keteguhan, inovasi dan kualiti terbaik. Sepanjang kitaran evolusinya, trak ELF telah melalui banyak penambahbaikan. Selain mencatat beberapa pencapaian penting. Pada tahun 1959, generasi pertama yang diperkenalkan ialah trak 2 tan dengan rekaan ‘cab-over’ bersama enjin petrol 1.5 liter. 

Setahun kemudian, enjin diesel 2 liter diperkenalkan dan menjadi pembaharuan terbaik dalam kelasnya. Pada tahun 1967, ia digantikan dengan generasi kedua, Isuzu Light ELF bersama kapasiti dan prestasi enjin yang telah  dipertingkatkan.

Generasi ketiga dilancarkan pada tahun 1975 dan 1978, Isuzu mencatat sejarah kerana berjaya menjual

trak ELF yang ke-sejuta unit. Model itu juga berjaya mencapai piawaian emisi 1979 Jepun dan tampil dengan badan ‘cab’ yang boleh dicondongkan.

Tahun 1984 menandakan pencapaian baharu bagi Isuzu apabila generasi keempat mula dieksport dan dikilangkan di beberapa negara luar, termasuk Amerika Syarikat, Australia dan China.

Selain pembaharuan luaran, ia juga menawarkan inovasi teknologi enjin, dari enjin diesel suntikan terus, ke enjin diesel turbo. Malah, versi pacuanempat roda ELF 250 turut diperkenalkan.

Generasi kelima dilancarkan pada tahun 1993 dan mengetengahkan pelbagai pembaharuan. Antaranya enjin diesel yang lebih bersih dan gayaan luaran yang ketara. Sepanjang 60 tahun, trak ELF telah melalui penambahbaikan dan inovasi teknologi yang membanggakan.

 

Generasi keenam tampil dengan gayaan tersendiri, kabin yang kukuh dan ringan, transmisi enjin yang lebih lancar, serta enjin diesel turbo yang bersih serta berkuasa tinggi.

Di Malaysia, Isuzu mula memperkenalkan rangkaian traknya pada tahun 1979. Sejak itu, trak ELF menjadi pengangkutan pilihan bagi perniagaan yang memerlukan trak yang berkualiti dan menjimatkan bahan api.  Tambahan pula, ELF dipasang tempatan di kilang Isuzu HICOM Malaysia, di Pekan, Pahang.

Sejak diperkenalkan, siri ELF terus menguasai segmen trak tugas ringan di Malaysia. Jumlah jualannya membolehkan Isuzu mengekalkan kedudukannya sebagai ‘CV Paling Laris Keseluruhan’ di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut. ELF juga dinobat sebagai ‘Trak Paling Laris dalam Segmen Tugas Ringan’ selama 9  tahun berturut-turut.

Di peringkat global, jumlah trak siri ELF telah melebihi 6.5 juta unit dan boleh didapati di 146 negara di seluruh dunia. Selain prestasi jualan yang mengagumkan di Malaysia, Siri ELF juga telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai No.1 dalam pasaran di 25 buah negara. 

Di Malaysia, Isuzu menawarkan pelbagai pilihan untuk trak ELF menerusi 19 varian berbeza. Antaranya 4-wheeler, 6-wheeler, 4×4 dan Crew-Cab. 

Maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari laman web: www.isuzu.net.my.

Tags
Google ads
Back to top button