Peranti

WD RED & WD RED PRO

Peneraju penyelesaian storan di dunia, Western Digital (WD) semalam memperkenalkan penambahan rangkaian cakera keras SATA WD Red untuk kegunaan di rumah dan pejabat kecil yang memiliki sistem Network Attached Storage (NAS). 

SONY DSC

WD Red yang baru ini memiliki kapasiti storan 1 hingga 5 TB (terabyte) dan 6 TB yang pertama dalam pasaran. Sementara cakera keras WD Red Pro yang berkapasiti 2 TB hingga 4 TB pula dikatakan mampu memenuhi keperluan pengendali perniagaan bersaiz sederhana dan besar.

Terbukti sesuai digunakan dengan sistem pengeluar NAS serta dioptimumkan untuk kuasa  dan prestasi, WD Red dan WD Red Pro memiliki saiz yang kompak iaitu 3.5 inci.

SONY DSC 

“Dengan pertambahan dan evolusi dalam keluarga WD Red, WD sekali lagi menawarkan pelanggan setianya dengan kapisti storan sehingga 6TB. Sokongan jumlah bay juga ditingkatkan sehingga lapan bay. Selain penambahan rangkaian produk WD Red Pro serta  lebih banyak ciri pada teknologi NASware yang terkini,” kata Timbalan Presiden Kanan dan Pengurus Besar WD Storage Technology, Matt Rutledge.

Mula diperkenalkan pada tahun 2012, cakera keras WD Red melengkapkan persekitaran NAS yang unik. Ia berupaya memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap storan yang mampu milik dan boleh dipercayai yang mengurangkan kos pemilikan pengguna.

SONY DSC

Prestasi WD Red berkapasiti 5TB dan 6 TB ditingkatkan dengan teknologi NASware 3.0 yang direka untuk memudahkan proses integrasi. Teknologi NASware 3.0 juga membolehkan WD Red menyokong sehingga lapan bay sistem NAS tanpa menjejaskan prestasinya.

Cakera keras ini mempunyai ciri 3D Active Balance Plus yang meningkatkan prestasi dan ketahanannya secara keseluruhan. Eksklusif untuk pelanggan WD Red, WD menawarkan sokongan 24×7 yang premium.

WD-Red-&-Red-Pro-mekanika (3)

WD Red Pro pula mampu menyokong sistem NAS sehingga 16 bay. Reka bentuknya yang telah dipertingkatkan menawarkan kualiti storan berprestasi tinggi yang turut dikuasakan oleh teknologi NASware 3.0.

WD Red dan WD Red Pro kini sudah boleh dibeli di beberapa pekedai terpilih. Diedar oleh pihak Amble Action Sdn. Bhd., Eternal Asia (M) Sdn. Bhd. dan Achieva Technology Sdn. Bhd. untuk pasaran tempatan, cakera keras ini didatangkan dengan jaminan serantau dari tiga hingga lima tahun.

 

 SONY DSC

Jika berminat, harga yang ditawarkan untuk WD Red 5 TB ialah RM819 dan RM989 (6 TB). Harga untuk WD Red Pro 2 TB pula ialah RM529, RM659 (3 TB) dan RM859 (4 TB).
[hr]GALERI 

WD-Red-&-Red-Pro-mekanika (1)WD-Red-&-Red-Pro-mekanika (2)SONY DSCSONY DSCWD-Red-&-Red-Pro-mekanika (15)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button