
KIA CARNIVAL FACELIFT TAMPIL LEBIH CANGGIH, NADI 1.6 LITER TURBO HIBRID, JANA 242HP
Kia baru-baru ini mendedahkan foto serta butiran baharu tentang Carnival versi facelift di Korea Selatan, menjelang pelancarannya hujung bulan ini.
Bermula di luar, van mini itu menggunakan reka bentuk Opposites United baharu yang “menggabungkan kecanggihan dan kekuatan seperti SUV.”
Perubahan terbesar boleh dilihat pada bahagian hadapan, di mana ia mempunyai gril lebih besar dan fasia lebih tegak.

Perincian lain termasuklah disertakan bersama lampu hadapan baharu, yang menampilkan reka bentuk menegak serta lampu nyalaan siang ‘Star Map’.
Bahagian belakang juga menerima lampu baharu dengan elemen menegak selain, didatangkan dengan bampar baharu, pintu yang disemak semula dan diserlahkan melalui rim kemasan hitam eksklusif bersaiz 19-inci.
Menjengah ke dalam kabin, ia dilengkapi skrin melengkung dan teknologi pengecaman cap jari seperti yang terdapat pada K5, kluster instrumen digital serta sistem infotainmen 12.3-inci.

Bercakap tentang teknologi, Kia Carnival facelift menawarkan pelbagai sistem bantuan pemandu termasuk Forward Collision Avoidance Assist, Rear Collision Avoidance Assist dan Highway Driving Assist 2.
Turut disertakan ialah High Beam Assist, Safe Exit Assist, Lane Keeping Assist, Remote Smart Parking Assist dan Rear Cross-Path Detection.
Beralih kepada kuasa, ia dipacu oleh penjana kuasa hibrid 1.6 liter pengecas turbo baharu, menghasilkan 242hp dan tork 367Nm.
Untuk harga, Kia Carnival facelift dijual pada harga bermula AS$26,601 (RM124,093) dan pelanggan di Korea Selatan boleh membuat tempahan bermula 9 November 2023.
GALERI:












- BACA: KIA CARNIVAL CKD 11 TEMPAT DUDUK KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN – JANA 199HP, HARGA BERMULA RM198K
- BACA: KIA NIRO EV, REKAAN MUKA HARIMAU YANG LUAR BIASA.
- BACA: 55 TAN SAMPAH PLASTIK DIKUTIP OLEH THE OCEAN CLEANUP. KIA NAK BUAT APA PULA DENGAN SAMPAH PLASTIK NI?
- BACA: KIA LANCAR SEMULA KIA RAY EV BULAN DEPAN, TAWAR JARAK GERAK 210KM