
WRC 2022 – KALLE ROVANPERA MUNCUL JUARA BERSALJI
Pemandu muda pasukan Toyota Gazoo Racing, Kalle Rovanperä akhirnya berjaya muncul juara untuk perlumbaan kedua bagi kalendar musim 2022 ini di Rally Sweden. Kemenangan pemandu muda ini agak ironi di mana 21 tahun yang lalu, ayah kepada Kalle Rovanperä sendiri, Harri Rovanperä berjaya memenangi perlumbaan yang sama. Harri Rovanperä ketika itu berjaya memenangi satu satunya perlumbaan WRC sepanjang kerjayanya pada tahun 2001 ketika itu dengan memandu jentera WRC Peugeot 206.
Kejayaan Kalle Rovanperä itu hadir setelah pesaing utama yang juga rakan sepasukan Elfyn Evans tersingkir pada pagi di hari terakhir saingan setelah terlanggar dengan tebing salji sekaligus berjaya mencatat kelebihan 22.0 saat untuk muncul juara. Kemenangan ini juga dilihat agar menarik dan mencabar sementelah lima pemandu yang berlainan untuk muncul pendahulu.

Menariknya pemandu muda ini turut berkata bahawa beliau tidak berada dalam mood yang sesuai untuk meraikan kemenangan ini memandangkan situasi yang agak tegang melanda bumi Ukraine ketika ini.
Malang yang menimpa buat Elfyn Evans setelah terlanggar tebing salji hingga mengakibatkan kerosakan yang teruk pada bahagian hadapan dan memerlukan masa untuk diperbaiki. Akibat daripada itu, beliau dikenakan penalti 10 saat.

Dan Thierry Neuville yang sedikit kecewa sewaktu perlumbaan pembukaan di Monte-Carlo berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan, mengambil kesempatan di atas kemalanangan yang menimpa Elfyn Evans. Thierry Neuville juga sebenarnya turut terselamat daripada melanggar tebing salji bagi membolehkan beliau kekal dalam perlumbaan.
Sementara itu, bintang Finland Esapekka Lappi kembali mengemudi jentera ketiga Toyota GR Yaris Rally1 setelah 3 tahun meninggalkan pasukan Toyota Gazoo Racing dan beliau berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan. Hanya ketinggalan 8.6 saat sahaja di belakang Thierry Neuville. Podium ketiga ini sekali gus memastikan bahawa pasukan dari Jepun ini terus mengutip mata penting untuk pasukan bagi menjarakkan diri dengan M-Sport Ford.
Pemandu Jepun, Takamoto Katsuta turut melengkapkan prestari cemerlang pasukan Toyota apabila berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan dan pemandu Gus Greensmith yang menghadapi masalah kotak gear di awal saingan harus akur berada di tempat kelima keseluruhan.
Kedudukan Mata Pemandu
- Kalle Rovenpera – 46 mata
- Thierry Neuville – 32 mata
- Sebastian Loeb – 27 mata
Kedudukan Mata Pengeluar
- Toyota Gazoo Racing – 83 mata
- M-Sport Ford – 59 mata
- Hyundai Shell Mobis – 47 mata
BACA : WRC 2020 – ELFYN EVANS MELOMPAT LEBIH TINGGI DI SWEDEN
BACA : WRC 2022 – SEBASTIAN LOEB MUNCUL JUARA PEMBUKAAN DI MONTE-CARLO