BuletinMotosikal

X-LITE LANCAR HELMET FLIP-UP X-1004, DIKENALI SEBAGAI ULTRA-KARBON

Helmet memang penting, gaya juga penting. Helmet dan gaya kedua-duanya sama penting bagi mereka yang mampu. Kerana itu juga lahir pelbagai teknologi dan rekabentuk yang menjadikan helmet lebih selamat, cantik dan mahal.

X-LITE, salah satu pembuat helmet terkemuka telah melancarkan helmet yang diperbuat daripada bahan gentian karbon yang dikenali dengan nama X-1004. Ia adalah helmet pertama jenis flip-up yang dikeluarkan X-Lite dengan badan karbon.

X-Lite sebelum ini pernah mengeluarkan helmet muka penuh karbon X-Lite yang dikenali dengna 802RR dan yang flip-up ini, dikenali dengan nama ultra karbon. Apa kelebihannya? Sudah tentu, karbon lebih kukuh dan ringan. Helmet ini kurang sekitar 80gram berbanding jenis flip-up lain di pasaran.

x-liter-karbon-helmet

Ia dilengkapi microlock dan visor dilindungi sinaran UV400 dan didatangkan dengan saiz XXS hinga 3XL dengan 3 cengkerang berbeza saiz. Harganya pula ialah £450 atau RM2,500. Mahal? Murah? Pada kami, ia memang murah.

Sebagai perbandingan, Arai RX-7 RC yang jenis karbon tu 2-3 tahun lepas harganya sekitar RM11,000.

BACA – HELMET ARAI, KENAPA MAHAL SANGAT?

BACA – SHOEI X-SPRIT DAPAT SKOR 5 BINTANG DI UK

Setakat ni, kami tak pasti kalau X-Lite ada pengedarnya di Malaysia atau tidak. Helmet flip-up X-1004 ni baru saja dilancarkan. Tak lama lagi ada lah runner yang bawa masuk jual dalam mudah.my.

Biasanyalah.

Google ads
Back to top button