
MEMORI 90-AN – 10 KERETA SPORTS JEPUN PALING LEJEN
Pengeluaran kereta sports dari syarikat-syarikat Jepun telah mencapai kemuncaknya sekitar tahun 90-an. Ia seolah-olah satu peraturan tidak rasmi yang mewajibkan setiap pengeluar menghasilkan sekurang-kurangnya satu model sport bagi setiap kereta yang dihasilkan.
Di Jepun sememangnya berlambak model sport berprestasi tinggi yang memasuki pasaran daripada sekecil-kecil model mikro-kompak sehinggalah ke SUV. Model-model lagenda seperti Skyline GT-R, Lancer Evo dan Impreza WRX STI adalah antara kelahiran yang di ingati seluruh dunia.
BACA – PROTON SAGA ENJIN V8!
BACA – TOYOTA 86 DENGAN ENJIN GT-R
Di sini kami senaraikan 10 kereta sports Jepun paling best pada pandangan kami. Walaupun ada yang tidak dipasarkan secara rasmi di negara kita namun ada juga sesetengahnya di bawa masuk oleh pengedar-pengedar kecil. GT-R tiada dalam senarai ini kerana ia sudah dikira berada dalam kasta lain yang lebih tinggi (dan ia kereta moden)
- MAZDA MX-5 MIATA
Mazda Miata atau MX-5 tidak perlu diperkenalkan lagi kepada kaki-kaki kereta. Ian sebuah roadster yang ringan dengan kawalan yang mantap. Mengambil idea daripada Lotus Elan, Miata adalah lebih lasak dan boleh diharap.
Sebagai sebuah kereta Jepun, ia jauh lebih menjimatkan berbanding dengan roadster dari Eropah yang sememangnya banyak masalah dari segi mekanikal dan penyelenggaraan.
Sebaik diperkenalkan ia segera menjadi popular. Pada mula diperkenalkan ia dilengkapkan dengan enjin empat selinder 1.6 liter yang menghasilkan 116 hp kuasa maksima. Walaupun tidak sekuat mana tetapi cesi yang ringan menjadikannya cukup lincah di jalan raya.
Kenapa kami pilih kereta ini? Kerana ia adalah kereta sama yang masih dibuat dengan rekaan serupa, dijual pada hari ini dan masih menggunakan lencana sama dengan konsep asal MX-5 pertama!
2. TOYOTA MR-S (LAGENDA MR2 SW20)
MR-S boleh dikatakan pencabar terdekat Miata kerana berada dalam saiz ataupun segmen yang sama. MR-S dengan konsep roadster sebenarnya merupakan generasi ketiga Toyota MR-2.
Walaupun di sini dan di Jepun ia dikenali sebagai MR-S, ia dipasarkan sebagai MR2 Spyder di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat.
Prototaip pertamanya muncul pada tahun 1997 di Tokyo Motor Show. Ia merupakan sebuah kereta bercirikan fokus pemanduan dengan enjin di bahagian tengah-belakang sekaligus menjadikannya lebih ringan dan memberikan kawalan stereng yang mantap.
MR-S menggunakan enjin 1.8-liter daripada aluminium yang menghasilkan 138 hp kuasa kuda. Berat keseluruhan? 996 kilogram sahaja untuk versi manual.
3. NISSAN 300ZX FAIRLADY
Nissan 300ZX merupakan antara kereta yang tercantik keluaran Jepun pada tahun 90-an. Ia mempunyai rekaan yang agak eksotik dan kalau dilihat pada era ini, semua pengeluar menghasilkan rekaan yang sangat berbeza antara satu sama lain.
300ZX atau kita lebih kenalinya dengan nama Fairlady didatangkan dengan enjin 3.0-liter turbo yang mampu menghasilkan 300 hp kuasa maksima. Kalau anda masih sukakan kereta Jepun 90-an, pasaran harga 300ZX di negara kita tidaklah meninggal dunia sangat kalau dibandingkan dengan yang lain.
Dengan cesi yang ditala dengan sempurna, suspensi berorientasikan sports dan kawalan stereng yang baik, ia merupakan salah satu kereta sports Jepun paling laju di zaman itu.
4. NISSAN SKYLINE GT-R
Kalau ada sebuah kereta yang telah meletakkan nama Jepun pada aras tertinggi dalam industri automotif, maka Skyline layak menjadi wakilnya. Kami antara manusia di bumi yang sangat obses tentang Skyline.
Anda boleh baca banyak artikel yang pernah kami terbitkan tentang Skyline, Skyline GTR dan Nissan GTR.
BACA – NISSAN SKYLINE GT-R YANG MENGUBAH DUNIA
BACA – KENAPA GTR BEGITU BERKUASA?
Model pertama (generasi kedua) yang dikenali dengan nama Godzilla dianggap bagai seekor raksaksa. BNR32 GTR yang dihasilkan pada 1989 merupakan tanda aras baru bagi sebuah kereta coupe yang bakal mencipta sejarah.
Ia kereta yang memenangi kejuaraan JTCC (Japan Touring Car Championship) EMPAT tahun berturut-turut. RB26DETT bukan sahaja tentang kuasa, tetapi dengan kompleksiti pemanduan, gadget, dan penalaan kerangka yang sangat bagus.
Kemuncaknya sudah tentulah pada model R34. Model Godzilla terakhir dalam barisan 90-an yang kini akan terus diingati dan didambakan semua orang. Ia masih mengekalkan falsafah asal R32 10 tahun sebelumnya dan masih menggunakan asas enjin yang sama – RB26DETT.
5. TOYOTA CELICA GT-FOUR
Toyota Celica generasi kelima dihasilkan pada September 1989 untuk pasaran 90-an. Ia direka dengan tema Super Round menjadikannya kurang berkotak berbanding model sebelumnya.
Model teratas dinamakan GT-Four dengan sistem sejukan yang lebih baik lengkap dengan sistem 4WS (four-wheel-steering).
Ia juga merupakan model pertama Toyota yang menggunakan Toyota Active Control Suspension. Celica GT-Four untuk pasaran Jepun mempunyai kuasa maksima 221 hp dan 304 Nm tork hasil sistem nyalaan termaju dan penggunaan turbin seramik.
Sistem 4WD sepenuh masa GT-Four turut mempunyai differential yang lengkap dengan LSD. Jika anda mengikuti perkembangan dunia sukan WRC, ini adalah model yang lejen!
6. SUBARU IMPREZA WRX
Kereta yang tak perlu diperkenalkan lagi. Subaru Impreza WRX mula dipasarkan pada tahun 1992 dengan enjin berkuasa 240 hp. Model ini juga dikenali dengan kod cesi GC8.
Pada mulanya, diperkenalkan sebagai kenderaan untuk World Rally Championship yang kemudiannya dihasilkan untuk pasaran. Tahukah anda maksud sebenar WRX?
WRX bermaksud World Rally eXperimental kerana semua model WRX mempunyai inspirasi dari teknologi rali seperti sistem pacuan-semua-roda, suspensi yang lebih keras dan enjin empat-selinder boxer berkuasa turbo.
Semua WRX yang dipasarkanb dari tahun 1992 sehingga tahun 2000 menggunakan kod cesi GC8 manakala versi hatchback menggunakan kod GF8.
Versi STI kemudian menyusul dalam jumlah yang terhad menerusi Subaru Tecnica International (STI) yang diperkenalkan pada tahun 1994. Model STI merupakan WRX yang telah dinaiktaraf dalam pelbagai kategori seperti enjin, kotak gear dan suspensi.
STI pantas menjadi popular berikutan kejayaannya dalam WRC tetapi ia hanya dikeluarkan untuk pasaran Jepun. Kalau ada di sini pada ketika itu, bermakna ianya diimport secara recond oleh pengedar tertentu.
7. MITSUBISHI LANCER EVOLUTION
Kalau kami tak siarkan kereta ni sebagai ikon 90-an nescaya semua pembaca mekanika dan seluruh penduduk bumi akan mengecam kami selama 28 keturunan.
Mitsubishi Lancer Evolution ataupun dikenali ramai dengan nama Lancer Evo ialah sebuah sports sedan keluaran Mitsubishi yang diasaskan dari model Lancer.
Setakat ini, 10 model telah dikeluarkan dan dikenali dengan nombor Roman seperti EVO III, EVO IV dan seterusnya. Sejak dari model awalnya, Evo hanya dibekalkan dengan enjin 2.0-liter berkuasa turbo dan sistem pacuan-semua-roda (tipikal bagi model homologasi rali).
Pada asalnya ia cuma dihasilkan untuk pasaran domestik Jepun tetapi telah dibawa keluar untuk eksport berikutan permintaan yang cukup tinggi di luar negara.
BACA – MITSUBISHI EVO 9 WAGON
BACA – EVO I – III, KERETA SPORTS LEJEN!
Sebagai mematuhi “gentlemen agreement” antara pengeluar kereta di Jepun. Evo juga diiklankan dengan kuasa maksima 280 hp, suatu angka yang telahpun dicapai dengan EVO IV.
Bagaimanapun EVO selepasnya dikatakan mempunyai kuasa maksima yang lebih daripada diiklankan sama seperti GT-R dan WRX sebagai mematuhi perjanjian tersebut. Mana tidaknya, untuk pasaran UK, salah satu varian EVO X ditawarkan dengan 400 hp.
8. HONDA NSX
Honda NSX adalah sebuah model sports yang tidak perlu diperkenalkan pada tahun 90-an. Ia membuktikan sebuah supercar boleh dihasilkan untuk pemanduan setiap hari dan bebas dari masalah.
Pada asalnya, NSX dibekalkan dengan enjin 3.0-liter V6 yang mampu menghasilkan 270 hp kuasa maksima sebelum diberikan enjin baru 3.2-liter (290 hp).
Tetapi sama seperti Mazda RX-7 dan Toyota MR-S, NSX bukan mementingkan kuasa tetapi lebih kepada tindakbalas kerangka yang optima dan stereng yang sangat tepat. Ia memberikan keharmonian antara manusia dan mesin yang tidak ada pada kereta lain.
9. MAZDA RX-7 EFINI
RX-7 merupakan antara kereta sports yang paling popular di Malaysia. Efini merupakan generasi ketiga RX-7 yang cukup dikenali kerana menggunakan enjin rotary 1.3-liter yang mampu menghasilkan 255 hp kuasa maksima.
Sama seperti NSX, ia tidak mempunyai kuasa yang besar tetapi berbekalkan cesi yang ringan dan kuasa yang spontan dari enjin rotary turbo, RX-7 bukanlah sebuah kereta yang calang-calang sebenarnya. rekabentuknya juga sangat luar biasa. Tak ada kereta Jepun seumpamanya yang direka dengan garis badan begitu. Malah jika idukur dalam standard hari ini pun,
Bagaimanapun ia tetap ada kekurangan, antaranya ialah kuat makan minyak dan keluaran gas ekzos yang tinggi. Apapun RX-7 tetap antara kereta sports yang terbaik 90-an.
10. TOYOTA SUPRA
Sebelum menghasilkan Vios dengan lampu kabus belakang yang cukup menyilaukan, Toyota suatu ketika dulu pernah menghasilkan model-model yang cukup hebat dan menjadi kegilaan ramai.
Antaranya ialah AE86, MR2, Celica dan macam-macam lagi, tetapi hasil terbaik mereka tentulah Toyota Supra. (terima kasih Fast & Furios)
Ia dibekalkan dengan enjin 2JZ-GTE enam selinder sebaris 3.0-liter turbo yang menghasilkan 320 hp kuasa maksima dan merupakan kereta terpantas di garisan lurus keluaran Jepun ketika itu.
Supra mempunyai kuasa yang menyamai Mitsubsihi 3000GT tetapi dengan berat 300ZX ya rabbi itu memberikan Supra kelebihan pada nisbah kuasa kepada berat yang terbaik.
Bila digabungkan dengan tayar yang mencengkam dan suspensi yang dilaras dengan sempurna, Supra juga mampu mengambil selekoh dengan mudah.
Ia juga ditawarkan dengan gear automatik yang sekaligus menjejaskan keupayaan sebenar yang ada padanya. Namun di zaman kegemilangannya dulu, boleh dikatakan tidak banyak yang mampu menggugat kehebatan Toyota Supra.
DAN YANG LAIN-LAINNYA
Sebenarnya masih ada lagi yang boleh diisi dalam senarai seperti Honda Integra DC2, Civic EK9, Silvia dan MR2. Tak lupa juga pada model-model hot hatch seperti Starlet, Glanza, Swift Cultus, Inteplay, Pulsar GTiR.
Eh macam banyak pulak.