BuletinMotosikal

YAMAHA AKAN LANCAR Y15ZR & NVX DOXOU HUJUNG MINGGU INI

Dalam satu pautan di status instagram Hong Leong Yamaha Malaysia semalam, mereka memuatnaik imej ” Saksikan pelancaran DOXOU” dalam karnival Genblu yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Karnival Genblu merupakan acara tahunan Yamaha yang merupakan karnival sehari bagi meraikan peminat dan juga pelbagai aktiviti diadakan oleh pihak Hong Leong Yamaha Motor Malaysia.

Dengan tagline “Sports Fashion Edition” – “di pentas utama”, ia adalah cara yang sama mereka lancarkan Y15ZR V2 ketika di cubprix Melaka pada awal tahun lalu.

Berkemungkinan besar, ia adalah model edisi khas “DOXOU” yang telah dilancarkan di Vietnam dan Indonesia sebelum ini.

Dua model dengan skema DOXOU tersebut ialah Y15ZR dan NVX. Pertama kali diperkenalkan di Vietnam. Jika sebelum ini mereka “mengasingkan” skema dan livery Exciter dan NVX, kali ini, ia dilancarkan secara bersama.

BACA: EDISI SEMPENA 1 JUTA EXCITER VIETNAM

Diinspirasikan oleh Doxou – dalam bahasa Jepun bermaksud “kreatif” dan “mendahului gaya hidup”, kali ini, ia tampil dengan gabungan warna yang lebih berani.

Lihat sahaja pada kombinasi rimnya. Buat pertama kali, roda aloi depan dan belakang digandingkan dengan warna berbeza. Bahagian hadapan, mendapat rim dengan “lining” biru, sementara roda belakang mendapat warna biru sepenuhnya.

Ia juga menampilkan gabungan warna badan yang errr… pelik? Ya. itulah yang kami rasa. Dengan warna merah seakan-akan emas dan digandingkan pula dengan warna biru matt.

Versi V2 ini bagaimanapun tidak menerima sebarang perubahan lain. Ia masih dikuasakan enjin SOHC 150cc 14.7 kuasa kuda. Perubahan yang boleh dilihat ialah versi V2 penuh berbanding model awal V1 yang dilancarkan pada 2015.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button