
Berbeza dengan pasaran Malaysia, Yamaha NVX (Aerox) di Indonesia didatangkan dalam TIGA spesifikasi berbeza. Justeru, setiap pembaharuan skema warna yang dibuat, mereka menerima sekurang-kurangnya lima tetapan grafik yang berbeza.
Ia ditawarkan dalam tiga varian iaitu Aerox 155 VVA, Aerox 155 VVA S Version dan Aerox 155 VVA R Version. Ketiga-tiga varian itu dibezakan menerusi aplikasi brek ABS pada S Version dan suspensi belakang jenis sub tank untuk R Version.
Terdapat enam varian warna baru yang diperkenalkan untuk model 2019.
Bagi Aerox 155 VVA, iaitu varian paling rendah, tiga warna baru yang ditayangkan.
Bagi Aerox 155 VVA S version, ada dua warna baru.
BACA: TUNGGANG UJI YAMAHA NVX
Ini pula ialah Aerox VVA S Version. Mirip kepada model NVX Vietnam edisi ke 20 tahun Yamaha Vietnam
GALERI