Motosikal

YAMAHA INDONESIA LANCAR SKUTER MAXI LEXI 125

PT. Yamaha Indonesia Motor Mfg. (Yamaha Indonesia) baru-baru ini melancarkan satu lagi  skuter di republik tersebut, Yamaha Lexi.

Lexi yang hadir dengan pelbagai ciri moden itu menjadi pelengkap kepada keluarga skuter maxi Yamaha yang terdiri daripada TMAX, XMAX, NMAX dan AEROX155.

Jentera itu dilancarkan oleh pelumba pasukan Movistar Yamaha MotoGP iaitu Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Menurut perangkaan Persatuan Industri Motosikal Indonesia (AISI), sebanyak 4.8 juta motosikal terjual pada tahun lalu.

Pasaran motosikal Indonesia terbahagi kepada tiga kategori iaitu model asas, pertengahan dan premium. Memandangkan Pasaran motosikal premium dilihat semakin berkembang, jadi Lexi dilihat sebagai penambahan terbaik buat Yamaha. 

Skuter ini menggunakan khidmat enjin Blue Core 125cc LC4V. Dibekalkan dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA), ia menawarkan tujahan kuasa yang mantap. Smart Motor Generator (SMG) pula memastkan bunyi enjin yang lancar setiap kali dihidupkan.

Aspek penjimatan bahan api kini lebih baik dengan adanya ciri sistem Start/Stop. Biarpun begitu, Yamaha mendakwa pecutan Lexi adalah seperti sebuah jentera bersesaran 155cc.

Lexi dibangunkan dengan konsep baru Maxi Yamaha. Ia dilengkapi banyak ciri moden seperti lampu utama LED, soket kuasa, tayar tanpa tiub, ruang penyimpanan barang yang luas, lampu kecemasan, speedometer digital serta sistem kunci pintar bersama immobilizer dan Answer Back System.

Lexi tampil lebih bergaya menerusi pilihan warna merah, kelabu dan putih. Sementara varian Lexi S pula ditawarkab dalam warna biru, kelabu dan gangsa.

GALERI

Google ads
Back to top button