Motosikal

UJIAN DYNO BUKTIKAN PANIGALE V4S 2018 MERUPAKAN SUPERBIKE PALING POWER

Ducati telah melancarkan Ducati Panigale V4 pada bulan September lepas dan dibekalkan dengan enjin Stradale V4 1,103cc dengan nisbah mampatan 14:1 dan offset 90 darjah antara selinder sama seperti digunakan pada Desmosedici GP Big-Bang.

Ducati mendakwa ia mampu menghasilkan 214 hp pada 13,000 rpm dengan tork maksima 120 Nm @10,000 rpm. Agak-agak berapa angka kuasanya bila diukur pada tayar belakang? Ini kerana ujian-ujian sebelum ini membuktikan penurunan kuasa 10 peratus pada tayar belakang berbanding dakwaan pengeluar.

Moto Rapido Ducati, sebuah syarikat pengedar Ducati UK telah menguji Ducati Panigale V4S menggunakan alat Dynojet 250i. Kesemua tiga varian Ducati Panigale V4, V4S dan V4 Speciale telah melalui ujian ini.

Hasil ujian yang dijalankan telah membuktikan yang Panigale V4S ini mampu menghasilkan 202 hp kuasa maksima pada 13,000 rpm dan 119 Nm tork pada 11,000 rpm. Angka yang dicapai ini cukup penting bagi memastikan kelancaran antara kuasa dan tork. Malah tidak ada sebarang kegagalan dilaporkan terhadap sistem enjin sewaktu ujian dijalankan.

Motosikal yang diuji pula adalah dalam keadaan standard menggunakan petrol Shell dan tayar-tayar Supercorsa Diablo SP. Kalau dah diubahsuai tidak mustahil ia akan mencatakan kuasa yang lebih tinggi.

BACA: KECANTIKAN DUCATI PANIGALE V4 TERSERLAH DALAM UJIAN TEROWONG ANGIN

Kehebatan Panigale V4S menembusi angka kuasa maksima 200 hp merupakan satu kejayaan besar kerana semua superbike lain yang diuji pada 2017 gagal menembusinya. Malah angka 225 merupakan angka kuasa biasa bagi sebuah jentera MotoGP.

Untuk rujukan, Aprilia RSV4 RR berjaya menghasilkan 180.4 hp @13,200 rpm, Honda CBR1100RR (153.2 hp @ 10,600 rpm), Kawasaki ZX-10R (167.5 hp @ 11,800 rpm, Yamaha YZF-R1 (162.8 hp @ 12,300 rpm), BMW S1000RR (177.1 hp @ 13,300 rpm) dan Suzuki GSX-R1100 (161.0 hp @ 11,000 rpm). Ujian tersebut telah dilakukan oleh Motorcycle.com.

Sumber Motorcycle.com

Google ads
Back to top button