BuletinMotosikal

YAMAHA INDONESIA PERKENAL NVX (AEROX) 2018 – SUSPENSI BELAKANG BARU?

Yamaha Indonesia memperkenalkan varian 2018 Aerox atau NVX di pasaran negara kita. Seperti yang terlihat dalam foto di bawah, skuter bandar sporty ini telah diperbaharui grafiknya dengan tema yang lebih menarik dan segar.

Di sebuah negara yang menggemari skuter melebihi kategori lain dalam industri motosikalnya, Yamaha Indonesia pantas memperbaharui model skuter penting ini. Ia merupakan varian untuk model keluaran tahun 2018.

Tiada perbezaan bagi unit kuasa yang masih menggunakan enjin satu selinder 155cc dengan teknologi VVA pada kepala selindernya. Ia juga kekal menghasilkan 14.7 kuasa kuda, sejukan cecair dan transmisi automatik CVT menggunakan talisawat.

Perubahan kosmetik varian 2018 ini juga dilengkapi dengan skema warna baru. Ia didatangkan dengan warna kuning, merah, hitam, biru dan putih.

Lain-lain bahagian masih lagi kekal dengan spesifikasi asal. Namun seperti yang kelihatan pada foto di bawah, sedikit perbezaan pada set suspensi belakang. Di sebelah kanan ialah model pertama dan di kiri adalah varian 2018. Kelihatan, sistem gantungan bagi model baru sedikit lebih besar. 

Sementara itu, Hong Leong Yamaha Malaysia masih lagi berusaha untuk memenuhi permintaan tinggi skuter ini. Kebanyakan tempahan mengambil masa lebih dua bulan untuk diserahkan kepada pelanggan. Tidak dinafikan, skala pengeluaran skuter ini belum mampu memenuhi permintaan dari pasaran.

BACA: YAMAHA NVX KUSTOM DARI THAI

GALERI

Google ads
Back to top button