Motosikal

HONDA PANGGIL SEMULA 2,443 UNIT CBR1000RR & CBR1000RR SP – MASALAH TANGKI MINYAK

Honda Amerika baru-baru ini mengumumkan bahawa pihaknya memanggil semula 2,443 unit Honda CBR100RR dan Honda CBR100RR SP yang dihasilkan pada tahun 2017.

Langkah itu diambil kerana terdapat isu pada reka bentuk tangki minyak superbike tersebut. Pihak Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya AS (NHTSA ) menyatakan bahawa terdapat ruang di antara penutup tangki minyak dan corong kemasukan bahan api yang mungkin menyebabkan air boleh masuk ke dalam tangki berkenaan.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Honda akan menukar penutup tangki minyak. Jika air sudah memasuki tangki, komponen yang terjejas juga akan ditukar secara percuma.

Panggilan semula itu dijangka bermula pada 4 Disember 2017.

Google ads
Back to top button