HLYM PERKENAL YAMAHA Y16ZR VERSI DOXOU. TERHAD 5K UNIT SAHAJA, RM11,688
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Yamaha Y16ZR versi DOXOU yang terhad kepada 5,000 unit sahaja.
Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Dato Jim Khor memberitahu nama DOXOU diambil daripada perkataan Jepun DOKUSOU yang bermaksud menjadi kreatif dan berada di depan.
Beliau yakin model edisi terhad itu akan menarik minat pengguna motosikal dengan kualiti enjin, pengendalian terbaik serta pemetaan ignition yang ditawarkannya.
“Kami harap Yamaha Y16ZR edisi DOXOU akan mengujakan para penunggang. Mereka juga akan menerima hadiah eksklusif daripada HLYM,” katanya.
Set hadiah DOXOU itu merangkumi sijil penghargaan, sporty visor yang direka khas bersama skru dengan warna khas dan emblem Limited Edition DOXOU. Pelanggan juga akan menerima kunci cakera.
Fokus kepada gayaan sporty dan premium, Y16ZR edisi DOXOU tampil dengan liveri berwarna biru. Rim juga menerima warna tersendiri yang memang menyerlah. Manakala aspek mekanikal langsung tidak berubah.
Sempena pelancaran motosikal ini, satu siri pakaian DOXOU boleh anda beli di Genblu Online Shop.
Y16ZR edisi DOXOU akan berada di semua pengedar sah Yamaha mulai esok. Ia ditawarkan pada harga cadangan RM11,688 seunit (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).
- BACA: YAMAHA EXCITER DOXOU 2019 – Y15ZR PALING PELIK DI DUNIA
- BACA: YAMAHA Y15ZR & NVX 155 DOXOU DILANCARKAN – HARGA BERMULA RM8,868
- BACA: YAMAHA Y15ZR DOXOU DAH SAMPAI KEDAI, HARGANYA? MASYAALLAH…
- BACA: YAMAHA NVX “DOXOU” DAN HARGANYA TAKLAH BEZA SANGAT DENGAN VERSI BIASA…
GALERI