Buletin

YAMAHA NMAX KINI DATANG PILIHAN WARNA BAHARU – BOLEH DI BELI BERMULA 16 MAC, HARGA RM9,798

Hong Leong Yamaha Motor Malaysia mengumumkan Yamaha NMAX kini boleh didapati dalam dua warna baharu iaitu merah dan biru.

Yamaha NMAX dalam pilihan warna baharu boleh didapati di semua pengedar Yamaha yang sah seluruh negara bermula dari 16hb Mac 2023 ini.

Kepada yang berminat, harga runcit disyorkan adalah sebanyak RM9,798.00 tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.

Selain itu, pemilik baharu NMAX boleh menikmati faedah tambahan dengan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100.

Untuk rekod, NMAX dipacu oleh enjin empat lejang SOHC bersesaran 155cc dengan sistem penyejukan cecair.

Enjin yang dipadankan dengan kotak gear jenis tali sawat V-automatik itu menjana kuasa sekitar 15.1Hp dan tork 13.9Nm.

GALERI:

Google ads
Back to top button