Peranti

HUAWEI KERJASAMA DENGAN U MOBILE

Huawei, pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia telah bekerjasa sama dengan penyedia perkhidmatan komunikasi U Mobile untuk menjangkau lebih ramai pelanggan di Malaysia. 

 Huawei-Ascend- P7-U-Mobile-mekanika  (2)

Kerjasama itu dimulakan dengan promosi permulaan yang melibatkan telefon pintar  Huawei Ascend P7. Dengan tawaran U Mobile U Plus, anda bole memiliki Huawei Ascend P7 pada harga cuma RM188 selain sebuah power bank Huawei dan modem tanpa perlu membuat bayaran pendahuluan.

Pelan selama 24 bulan itu menawarkan internet mobile berkelajuan tinggi sehingga 5GB, panggilan percuma 700 minit, 500 SMS dan perayauan internet percuma dengan yuran bulanan hanya RM138.

 Huawei-Ascend- P7-U-Mobile-mekanika  (1)

“Kerjasama strategik dengan syarikat penyedia telekomunikasi adalah penting untuk meningkatkan tahap jangkauan di mana-mana pasaran.Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan U Mobile bagi memastikan pelanggan mendapat nilai terbaik apabila membeli Ascend P7. Kami yakin ia akan menarik minat ramai,” kata Pengarah Negara bagi Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Technologies Malaysia, Gary Xu.

Ascend P7 hadir bersama kemampuan kamera terbaik, ketersambungan 4G LTE dan pelbagai ciri yang dipakejkan dalam chasis rekaan pemium. Peranti itu mempunyai paparan  skrin sentuh FHD bersaiz lima inci dengan resolusi 1920 x 1080.

 Huawei-Ascend- P7-U-Mobile-mekanika  (4)

Ascend P7 dikuasakan oleh pemproses quad-core 1.8GHz HiSilicon Kirin 910, 2GB RAM dan versi Android terkini Kit Kat 4.4.2 bagi menawarkan antara muka yang lancar serta mudah digunakan. Sementara Emotion UI 2.3 dengan dua UI yang telah dipertingkatkan pula memudahkan lagi  tugas navigasi.

Demi meningkatkan pengalaman pengguna, para pelanggan boleh mengakses perisian pengurusan telefon pintar ini untuk mengubah suai kebenaran, rangkaian dan pengurus notifikasi untuk memenuhi keperluan mereka sebaiknya. Peranti ini dikuasakan oleh bateri polimer lithium 2,500mAh yang dilengkapi mode penjimatan tenaga tercanggih. Ini membolehkan baki jangka hayat bateri sebanyak 10 peratus berada dalam keadaan bersedia sehingga 24 jam. 

 Huawei-Ascend- P7-U-Mobile-mekanika  (5)

“Kami berbesar hati bekerjasama dengan Huawei untuk menawarkan pelanggan nilai terbaik. Pelanggan boleh menikmati pelan pasca bayar unik yang menawarkan mereka panggilan percuma di antara pengguna U Mobile, internet mobile berkelajuan tinggi dan perayauan internet secara percuma apabila berada di negara-negara di Asia,” kata Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee.

Selain Ascend P7, U Mobile turut memperkenalkan pakej peranti Huawei yang lain seperti LTE USB dan modem LTE Mifi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button