Buletin

10 ENJIN TERBAIK WARDS AUTO 2020

Sebenarnya berita ini dah lama, tapi penulis baru perasan pasal isu ini. Pada 20 Disember 2019, WardsAuto telah memilih 10 enjin dan sistem pacuan (termasuklah hibrid dan sistem elektrik) terbaik yang akan dipasarkan pada tahun 2020. Anugerah ini memilih enjin yang telah menjalankan pelbagai inovasi kejuruteraan untuk terus kekal relevan.

“Industri automotif telah mengambil pelbagai langkah dengan meneruskan inovasi dan pembangunan bagi enjin pembakaran dalam dan pada masa yang sama turut melaburkan usaha dalam pembangunan teknologi hibrid, kereta elektrik, sistem hibrid 48 volt, dan juga sistem hidrogen fuel cell” ujar Pengarah Kanan Ward, Drew Winter.

Antara enjin yang mendapat 10 kedudukan terbaik dalam anugerah Wards Auto mengikut susunan abjad ialah

1. BMW 3.0L DOHC Turbocharged I-6 (BMW M340i). Enjin ini merupakan enjin 6 silinder sebaris yang dipasang dengan sistem turbo skrol berkembar. Untuk aplikasi pada Toyota Supra enjin ini menjana 335 kuasa kuda pada 5500 RPM dan tork maksima 447Nm pada 1400 RPM.

2. Daimler 3.0L DOHC 48V Turbo I-6 (Mercedes-Benz GLE450). Mercedes juga tidak ketinggalan untuk menunjukkan keupayaan mereka dalam menghasilkan enjin 6 silinder sebari dengan sesaran 3000cc. Ia menggabungkan sistem supercaj (yang dipacu dengan elektrik) dan juga turbocaj (skrol berkembar).

Enjin ini juga menggunakan teknologi starter-alternator yang mampu menghasilkan 20 kuasa kuda dan 250Nm tork tambahan pada sistem. Kuasa maksima yang dihasilkan oleh sistem ialah 435 kuasa kuda dan 520Nm tork.

3. FCA 3.6L DOHC 48V eTorque V-6 (Ram 1500) merupakan trenkuasa yang dipasang pada kenderaan pikap jenama RAM. Ia merupakan gabungan sistem hibrid enjin pembakaran dalam dan juga bantuan motor elektrik bagi memberikan tork tambahan. Enjin ini menghasilkan 305 kuasa kuda dan 364Nm tork. Sistem hibrid membekalkan tambahan 12 kuasa kuda dan 52Nm tork

4. Ford 2.3L DOHC High Performance Turbo 4 Silinder. Enjin 4 silinder dengan sesaran 2300cc ini dipasang pada Ford Focus AWD dan juga Ford Mustang 2.3. Ia menghasilkan 332 kuasa kuda dan tork maksima 474Nm tork antara 2500 – 5300 RPM. Sudah tentu enjin ini datang dengan turbo skrol berkembar dan sistem pemasaan injap Twin independent Variable Cam Timing system (Ti-VCT)

5. GM 3.0L DOHC TurboDiesel Inline-6. Enjin disel ini merupakan enjin 3000cc 6 silinder sebaris dengan bantuan sistem turbo yang dipasang pada GMC Sierra. Enjin turbodisel ini menggunakan aluminium aloi sebagai bahan asas binaan blok enjin bagi mengurangkan berat, sistem turbo boleh ubah, sistem EGR tekanan rendah, sistem penghantaran minyak pelincir dengan tekanan boleh laras, minyak enjin disembur pada bahagian bawah piston, sistem penghantaran disel dengan tekanan setinggi 2500 PSi, glow plug yang dibuat daripada seramik serta teknologi Start-Stop.

Mazda CX30

Enjin ini menghasilkan 277 kuasa kuda pada 3750 RPM dan tork maksima 624Nm pada 1500 RPM

6. GM 6.2L OHV V-8 (Chevrolet Corvette Stingray)

Kalau dah 6200cc, memang boleh dikelaskan dalam kategori muscle car. Banyak teknologi diterapkan oleh GM bagi memastikan enjin ini kekal relevan pada tahun 2020. Ia dimulai dengan sistem pemasaan injap pada injap kemasukan dan ekzos, sistem pancitan bahan api terus, sistem Active Fuel Management yang akan menutup 4 silinder jika kuasa tidak diperlukan, dan juga dry-sump oil system.

Bagi memastikan enjin tersebut kuat, piston dibuat daripada kaedah tempaan. Dalam keadaan standard ia mampu menjana 460 kuasa kuda dan 630Nm tork. Nanti ada masa kita ulas pasal enjin ini dalam versi LTZ06. Kuasa dia double bos.

2018 Honda Accord Hybrid Powertrain

7. Honda 2.0L DOHC Atkinson i-VTEC 4-Cyl./HEV (Accord Hybrid). Walaupun sudah lama tak mendengar khabar berita, tapi bukan bermakna Honda duduk lepak minum teh. Mereka membangunkan enjin 4 silinder 2000cc yang menggunakan aluminium aloi sepenuhnya. Sistem pemasaan injap i-VTEC digunakan untuk mengubah sistem kitaran enjin samaada menggunakan kitaran Otto ataupun Atkinson bagi menjimatkan petrol. Nisbah mampatan pula ditetapkan pada 13:1

Enjin ini akan disokong oleh 2 motor generator untuk menghasilkan kuasa elektrik, membantu enjin melakukan pecutan dan juga mengecas bateri ion Lithium. Keseluruhan sistem menjana 212 kuasa kuda dan pada masa yang sama memberikan jarak pemanduan 20km bagi setiap liter petrol.

8. Hyundai 150-kW Propulsion System (Kona EV). Sistem janakuasa elektrik ini menghasilkan sekitar 201 kuasa kuda dan 394Nm tork dari 0 RPM. Kuasa elektrik tadi disimpan dalam bateri Lithium ion polimer sebesar 356 volt ataupun 64kWh. Ia menggunakan 16kWh bagi setiap 100km, jadi bateri ini membenarkan kereta ini dipandu sejauh 400km sebelum dicas semula.

Masa pengecasan penuh mengambil masa 9 jam 35 min. Kesemua kuasa tadi akan dihantar ke roda depan melalui transmisi tunggal.

9. Hyundai 1.6L DOHC Turbocharged 4-Cyl. (Sonata). Hyundai menamakan enjin ini sebagai SmartStream. Ia hanya sebesar 1600cc namun lengkap dengan mekanisme CVVD menghasilkan 180 kuasa kuda dan 256Nm tork.

10. Nissan 2.0L DOHC VC-Turbo 4-Cyl. (Altima). Apa yang unik berkenaan enjin ini ialah keupyaannya untuk mengubah nisbah mampatan enjin melalui mekanisme motor elektrik. Jadi enjin ini dikenali dengan nama variable compression engine. Kami pernah mengulas teknologi enjin ini di SINI

Teknikal Editor Wards Auto memilih pemenang selepas menilai 26 enjin pembakaran dalam dan sistem pacuan elektrik yang yang telah dinaiktaraf. Bagi tahun 2020, harga kereta yang dinilai tidak boleh melebihi USD 65,000. Editor memberi markah kepada trenkuasa berdasarkan kuasa yang dihasilkan, tork maksima, spesifikasi, kawalan NVH, pemerhatian terhadap penggunaan bahan api serta aplikasi teknologi baru

Tags
Google ads
Back to top button