
10 ENJIN & TRENKUASA EV TERBAIK DUNIA 2023, ALZA VTECT NO 11.
WardsAuto telah mengumumkan 10 enjin terbaik & trenkuasa elektrik pada Oktober 2023 yang lepas dimana sebahagian daripada senarai yang diumumkan adalah menggunakan teknologi elektrik. Penganalisa WardsAuto telah menilai 32 kenderaan merangkumi 13 enjin pembakaran dalam, 10 EV dan 9 kenderaan hibrid.
Untuk enjin pembakaran dalam, sebanyak 5 enjin 4 silinder, 4 enjin 6 silinder, 3 enjin V8 dan satu enjin 3 silinder telah diuji dan dinilai. Semua pemenang ini diukur dan diberi markah berdasarka kuasa kuda, tork, NVH, kecekapan tenaga dan pengenalan teknologi baru
10 pemenang enjin dan trenkuasa elektrik ini disusun mengikut turutan abjad seperti di bawah
1. BMW M2, S58 3000cc turbo 6 silinder TwinPower – enjin ini menjana 453 kuasa kuda (151hp per liter) dan 550Nm tork dan digandingkan dengan transmisi 8 kelajuan ZF. Ini membolehkan M2 memecut dari 0-97km/jam dalam masa 3.9 saat sahaja
Antara teknologi yang diperkenalkan termasuklah “3-D-printed cylinder head” yang mengawal cecair penyejuk ke kawasan yang dikehendaki, liner silinder geseran rendah, aci engkol tempaan yang ringan, twin scroll turbo, variable valve timing dan variable camshaft timing
2. Chevrolet Z06 5.5 V8 – menghasilkan 670 kuasa kuda (122hp per liter) dan 624Nm tork tanpa turbo dan supercaj menjadikan enjin ini adalah enjin aspirasi normal terkuat di dunia. Enjin ini menggunakan aci engkol tempaan ringan, dry sump, rod penyambung titanium, piston aluminium tempaan, injap titanium yang diisi dengan sodium untuk penyejukan. Pecutan 0-97km/jam dibuat dalam masa 2.6 saat sahaja

3. Dodge Hornet R/T1.3L SOHC Turbocharged 4 Silinder PHEV – dibangunkan menerusi Stellantis Global Small Engine dan berkongsi enjin yang sama dengan Alfa Romeo Tonale. Enjin 1.3 4 silinder ini menjana 175 kuasa kuda dan semua hantar ke roda depan
Kuasa tambahan datang daripada sistem belt-starter generator sebanyak 44 kuasa kuda manakala satu motor elektrik dipasang di gandar belakang bagi membekalkan 121 kuasa kuda dan 249Nm tork. Apabila digandingkan, ia menjana 288 kuasa kuda dan 519Nm tork
Enjin ini berupaya memecut 0-97km/jam dalam masa 5.6 saat, berupaya dipandu sejauh 51km dalam mode elektrik dan memberikan bacaan bahan api sekitar 18.18km bagi setiap liter petrol

4. Ford Mustang Dark Horse 5.0L V-8 – enjin NA paling “jahat” yang dihasilkan oleh Ford berasaskan pengetahuan dalam perlumbaan yang menjana 500 kuasa kuda (99kuasa kuda per liter) dan 567Nm tork. Semua komponen termasuk kepala silinder dan blok dihasilkan daripada aluminium dengan nisbah mampatan ditetapkan pada 12:1
Ia ditawarkan dalam 2 varian gear samaada manual TREMEC 6 kelajuan dengan tombol gear titanium ataupun automatik 10 kelajuan. Dengan bantuan teknologi dual throttle body, ia boleh memecut 0-97km/jam dalam masa kurang 4 saat dan halaju tertinggi ialah 255km/jam
5. Honda Accord Hibrid 2.0L 4 Silinder HEV – dalam masa 5 tahun, sistem ini telah berjaya memenangi 3 anugerah WardsAuto. Enjin 2000cc 4 silinder ini menggunakan kitaran Atkinson DOHC & suntikan bahan api terus serta susunan enjin dan motor elektrik serba baru bagi menghasilkan 20Nm tork leboh berbanding versi awal
Secara keseluruhan, sistem hibrid ini menjana 204 kuasa kuda dengan 146 kuasa kuda datang daripada enjin dan 181 kuasa kuda datang daripada motor elektrik. Motor elektrik menghasilkan 335Nm tork dan mampu membuat pecutan 0-97km/jam dalam masa 6.6 saat.

Motor elektrik dihasilkan menggunakan logam non-rare-earth magnet kekal berupaya berputar sehingga 14,500 RPM. Kecekapan bahan api terbaik yang direkod ketika ujian ialah 21.739km bagi setiap liter petrol. Sistem terbaru ini mengurangkan pelepasan Nitrogen Oksida sebanyak 22% dan gas karbon dioksida sebanyak 24%
6. Hyundai Ioniq 6 Trenkuasa Elektrik – menggunakan platform E-GMP dengan rekaan sistem elektrik 800Volt bagi membolehkan bateri dicaj dari 10-80% dalam masa 18 minit sahaja dengan pengecaj 250kW. Jika pengecaj 350kW digunakan, 6 minit pengecasan memberikan jarka perjalanan 105km
Bateri akan dipanaskan atau disejukkan sebelum sampai ke stesen DCFC sebaik sahaja pemandu memasukkan lokasi pada sistem pandu arah. Kadar seretan direndahkan sehingga 0.22 dan sistem Active grille shutters membenarkan Ioniq 6 dipandu sejauh 435km untuk sekali caj. Dalam sport Mode, Ioniq 6 akan menjana 320 kuasa kuda dan 605Nm tork
7. Lucid Air Trenkuasa Elektrik -memperkenalkan inovasi seperti unit gear differential yang kompak dan juga motor elektrik yang menggunakan wayar tembaga di dalam stator dan dihasilkan dengan menggunakan mesin automatik sepenuhnya

Lucid juga menggunakan sistem motor elektrik sejukan cecair bagi menyejukkan motor dalam pecutan maksimum. Sistem 2 motor elektrik boleh dihasilkan dalam pelbagai varian dari serendah 430 kuasa kuda sehingga 1050 kuasa kuda. Untuk varian Air Touring, ia menjana 620 kuasa kuda dan 1200Nm tork serta mampu memecut 0-97km/jam dalam masa 3.4 saat
Varian tertinggi boleh dipandu sehingga 830km per caj manakala varian Air Touring boleh dipandu sejauh 684km untuk 2 motor elektrik dan 660km untuk satu motor elektrik
8. Mercedes-Benz AMG C43 2.0L 4 Silinder Turbo – menjana 402 kuasa kuda (201 kuasa kuda per liter) dan 500Nm tork, enjin ini membenarkan pecutan 0-97km/jam dalam masa 4.6 saat menjadikannya enjin 2000cc paling berkuasa dalam kategori standard kilang
Enjin ini menggunakan turbo yang dijana sistem elektrik 48 volt yang sama seperti dalam perlumbaan F1, menyelesaikan masalah turbolag, dan sistem suntikan tekanan berganda dalam satu kitaran enjin (suntukan terus dan EFI). Enjin ini masih memberikan bacaan sekitar 11.5km bagi setiap liter petrol

9. NISSAN ARIYA E-4ORCE Trenkuasa Elektrik – dihasilkan dalam beberapa varian bateri samaada 65kWh ataupun 90kWh, FWD, AWD ataupun AWD Performance. Berbeza dengan pengeluar lain, Nissan mengambil pendekatan penghantaran kuasa yang lebih seimbang dengan teknologi e-4ORCE
“e” merujuk kepada kuasa elektrik manakala “4ORCE ” adalah pacuan semua roda dengan Nissan memberikan semua pengetahuan yang diperolehi daripada teknologi ATTESSA E-TS torque split system yang digunakan oleh Nissan GT-R dan sistem 4X4 yang digunakan oleh Model Patrol
e-4ORCE memberi kawalan cesi, kestabilan jalan lurus, kawalan stering dan menjadikan Ariya lebih stabil walaupun menerima input agresif. Sistem akan mengawal penghantaran kuasa dan brek bagi setiap roda, menghantar tork untuk cengkaman maksimum ataupun 100% kuasa ke roda depan atau belakang
Sistem ini juga akan membrek roda secara individu dengan kaedah regeneratif sekaligus mengawal pitch dan dive Ariya semasa membrek dan memecut. Keadaan ini memberikan keselesaan serta mengurangkan motion sickness pada penumpang

10. Toyota Prius Prime PHEV – dikuasakan dengan enjin aluminium DOHC 2000cc yang menghasilkan 150 kuasa kuda, 1 motor elektrik 161 kuasa kuda dan bateri 13.6kWh. Semua sistem ini menjana sehingga 220 kuasa kuda membolehkan Prius memecut 0-97km/jam dalam masa 6.6 saat sahaja
Operasi enjin dan motor elektrik adalah sangat harmoni selain berat diagihkan sama rata pada keseluruhan cesi. Secara purata, ia boleh dipandu sejauh 20.4km per liter petrol selain diberikan mode EV sejauh 40km
Sistem PHEV boleh dicaj dengan menggunakan plug 120 volt sahaja atau dicaj dengan menggunakan panel solar di atas bumbung. Panel ini juga akan membekalkan tenaga elektrik ketika penyaman udara digunakan.