
SMART MALAYSIA TAWAR KADAR FAEDAH SERENDAH 1.15%, SMARTCHARGE HOME CHARGER PERCUMA
Sempena Tahun Baru Cina, pengedar smart terpilih diseluruh negara menyediakan Tawaran Lóng龙-evity eksklusif, berupa kadar faedah rendah bermula 1.15% dan smartCharge Home Charger percuma berharga RM3,200 dengan jaminan selama dua tahun bagi semua pelanggan baru.
Untuk makluman, tawaran eksklusif ini sah untuk setiap pembelian mana-mana varian smart#1 – Pro, Premium atau BRABUS.
Selain itu, kredit pengecasan bernilai RM3,888 turut diberikan bagi setiap pembelian sehingga 29 Februari 2024 melalui bank-bank terpilih.
Pengunjung dapat meneroka cawangan pengedar smart dan menikmati pelbagai aktiviti perayaan yang disediakan untuk seisi keluarga seperti tradisi tarian singa, mercun, sesi seni kaligrafi Cina, cabutan bertuah serta banyak lagi.

Direka untuk kemudahan bagi komuniti smart, pusat sehenti smart merangkumi semua keperluan mobiliti elektrik.
Tambahan, anda juga berpeluang untuk memandu uji smart #1, bertemu dengan rakan-rakan penggemar kereta elektrik, dan menjadi sebahagian daripada komuniti EV.
Untuk berita terkini, ikuti smart Malaysia di Facebook, Instagram, dan TikTok.
Untuk maklumat lanjut mengenai smart #1, silakan layari https://my.smart.com atau daftarkan minat anda di https://my.smart.com/reserveMySeat
- BACA: SMART MALAYSIA KEMASKINI APLIKASI HELLO SMART, TAWAR PERADUAN UNTUK PEMINAT
- BACA: SMART MALAYSIA FOKUS KOMUNITI, SEDIA KEMUDAHAN MOBILITI MENYELURUH
- BACA: SMART #1 DILANCARKAN SECARA RASMI 21 NOVEMBER INI, DISIARKAN DI FACEBOOK RASMI SMART MALAYSIA
- BACA: SMART MALAYSIA BINA TIGA PENGECASAN BAHARU DI GLENMARIE, PULAU PINANG DAN ALOR SETAR







