Buletin

UMW TOYOTA UMUM 4 PEMENANG HADIAH UTAMA TOYOTA SIENTA

Ini pastinya satu pengalaman tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila oleh empat orang pemenang hadiah utama peraduan All About The Drive-Bonanza. 

Mereka semua menerima sebuah MPV Toyota Sienta yang ditawarkan pada harga bermula RM101,900 seunit.

Berlangsung mulai Oktober hingga Disember 2018, peraduan itu turut menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pelanggan yang memandu uji kenderaan Toyota 

Antara hadiah itu termasuklah telefon pintar, gajet mudah alih dan pakej percutian.

Pelanggan yang mengesahkan tempahan mereka layak untuk menyertai peraduan akhir dan berpeluang memenangi salah satu daripada empat buah Toyota Sienta.

Pemenang bertuah ialah: 

  • Chew Huat Boon dari Pulau Pinang (S&D Tama Sdn Bhd)
  • Loh Hau Ning dari Johor Bahru, Johor (Saksama Otomobile Sdn Bhd)
  • Wong Chee Sun dari Keningau, Sabah (Golden Tradeway Sdn Bhd)
  • Joseph Anak Kasi dari Bintulu, Sarawak (Boulevard Bintulu Sdn Bhd)

“Kami sangat gembira dengan maklum balas yang diterima daripada pelanggan di seluruh negara. Peraduan All About The Drive Bonanza dianjurkan sebagai tanda penghargaan kami terhadap sokongan yang diberikan oleh pelanggan. 

“Kami sentiasa mengalu-alukan orang ramai untuk datang ke bilik pameran dan memandu uji model-model Toyota.

“Kami juga mahu para pelanggan tahu bahawa memiliki sebuah Toyota ialah pengalaman yang menggembirakan,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. 

Semua kenderaan penumpang Toyota hadir bersama jaminan selama lima tahun dan tanpa had perbatuan. Pelanggan baru juga akan menerima Bantuan Tepi Japan 24 jam pada tahun pertama pemilikan. Sokongan selepas jualan pula disediakan oleh rangkaian pusat servis sah di seluruh negara.  

Maklumat lanjut, layari laman web: toyota.com.my atau hubungi talian percuma: 1-800-8-TOYOTA (869682).

Tags
Google ads
Back to top button