Buletin

PETRONAS CARI JURUTERA BENDALIR UNTUK BERTUGAS DI LITAR F1. MOHONLAH SEKARANG!

PETRONAS menerusi anak syarikat milik penuhnya, PETRONAS Lubricants International (PLI) hari ini mengumumkan bahawa ia sedang mencari seorang jurutera bendalir.

Beliau akan bertanggungjawab memberi sokongan teknikal kepada pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport di litar sepanjang perlumbaan Kejohanan Dunia F1 musim 2020

“Di PLI, kami sentiasa mencabar diri untuk menambah baik reka bentuk penyelesaian teknologi bendalir demi memastikan pasukan terus berada di hadapan. Kami menguji bakat dan teknologi bertaraf dunia kami bagi menawarkan produk serta perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan rakan PETRONAS dalam dunia sukan bermotor, OEM dan pengguna.

“Ini merupakan peluang sekali seumur hidup bagi calon-calon yang layak untuk menjadi sebahagian daripada pasukan dalam membangunkan penyelesaian bendalir tercanggih demi memenangi kejohanan pada masa akan datang,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLI, Giuseppe D’Arrigo.

Sebagai ahli pasukan sokongan teknikal di litar PETRONAS, jurutera bendalir bertanggungjawab memantau dan menjalankan analisis ke atas bahan api PETRONAS Primax, PETRONAS Syntium Lubricant dan PETRONAS Tutela Functional Fluids.

Ini bagi memastikan semuanya mematuhi garis panduan FIA dan mengoptimumkan prestasi pasukan juara lima kali F1.

Dalam proses pencarian pada tahun 2018, PLI telah menerima lebih 7,000 permohonan dari seluruh dunia. Daripada itu, lima orang berjaya sampai ke peringkat separuh akhir yang turut melibatkan video dan pembentangan kajian kes.

Tiga orang kemudian disenarai pendek untuk ditemuduga oleh D’Arrigo di Kuala Lumpur, Malaysia. Akhirnya, Stephanie Travers dari Zimbabwe berumur 24 tahun terpilih.

“Saya selalu berimpian untuk bekerja dalam F1 dan sangat bersyukur untuk peluang ini. Saya sentiasa berdepan cabaran dan belajar setiap hari untuk lakukan yang terbaik,” kata Travers.  

Pencarian ini akan berakhir pada 25 September 2019. Untuk memohon, layari laman PETRONAS Lubricants International LinkedIn atau e-mel ke [email protected].

Google ads
Back to top button