Buletin

PETRONAS AUTOEXPERT – SERVIS PREMIUM, HARGA RAKYAT

Selain membeli kelengkapan Hari Raya seperti pakaian dan kuih Raya, satu lagi perkara yang sentiasa diambil berat oleh kebanyakan daripada kita sebelum tibanya musim Raya adalah servis kenderaan. 

Jadi, bagi anda yang masih tidak pasti ke mana hendak menghantar kereta, Petronas AutoExpert di Seksyen 15, Shah Alam Selangor mungkin boleh menjadi pilihan terbaik.

Petronas AutoExpert Shah Alam merupakan pusat pertama seumpamanya di Malaysia. Ia dikendalikan oleh pihak Autohaus KL yang berpengalaman luas serta mempunyai beberapa cawangan bengkel lain di Kuala Lumpur dan Selangor.

Untuk makluman, Petronas AutoExpert ialah satu konsep bengkel di bawah Petronas untuk pasaran global.  

Ideanya adalah untuk menawarkan pusat servis moden yang menggunakan produk minyak/bendalir Petronas di bawah satu bumbung.

 Minyak tulen Petronas 

Lebih menarik lagi, premis ini menyediakan perkhidamatan servis dan pembaikan untuk semua jenis kenderaan.

Dikendalikan oleh 10 orang mekanik berpengalaman, mereka memiliki kemahiran untuk membaik pulih kereta jenama Jepun dan Eropah. Selain dibantu oleh mesin diagnostik yang canggih. 

Baru-baru ini, saya sempat berkunjung ke sana dan menemuramah pengasas Autohaus KL, Muhammad Eezam Masripan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Petronas AutoExpert Shah Alam ini.

Menurut Eezam, Petronas AutoExpert menawarkan banyak kelebihan. Pertama, ia menggunakan minyak Petronas yang tulen, berkualiti tinggi yang memenuhi spesifikasi  jenama popular Eropah seperti Mercedes-Benz, Volkswagen dan Porsche.

Dari segi alat ganti pula, pelanggan boleh pilih di antara OEM atau original. 

Kelebihan kedua ialah Petronas AutoExpert ada peralatan lengkap dan terkini yang kualitinya sama taraf dengan pusat servis sah di seluruh negara. Jadi, takkan timbul masalah untuk melakukan kerja-kerja pembaikan. 

Harga cukup berpatutan

Tetapi, apa yang paling menarik ialah bengkel ini menawarkan harga yang begitu berpatutan. 

“Contohnya kita ambil model Volkswagen Golf. Kalau servis biasa di pusat servis sah, kosnya mungkin sekitar RM500. Sedangkan caj kami cuma dalam RM300 lebih dan menggunakan gred minyak yang sama. Harga itu hampir 40 peratus lebih murah. 

“Pendek kata, pelanggan dapat servis yang premium, pada harga yang cukup berpatutan. Pelanggan tidak lagi perlu pergi ke bengkel bawah pokok ceri. Kami sebenarnya ingin tap market di antara bengkel biasa dengan pusat servis sah,” jelas Eezam. 

Ini bukan sembang deras. Premis itu memang ada menyediakan ruang menunggu yang selesa, TV serta tempat makan yang lengkap dengan hidangan seperti nasi lemak, kuih-muih dan roti secara percuma kepada pelanggan. 

Petronas AutoExpert juga menjadi pengedar tayar seperti Continental, Goodyear, Toyo, Bridgestone, Dunlop dan Viking dengan kini mempunyai  stok sehingga 800 unit tayar. 

Servis pantas

Beroperasi mulai jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang setiap hari, ia mampu menyelenggara sehingga 45 buah kereta setiap hari. Demi menawarkan servis yang pantas, purata tempoh servis sesebuah kereta adalah di antara 30 minit hingga satu jam. 

Tempoh menunggu dipendekkan lagi dengan adanya kakitangan sudah sedia untuk mengambil maklumat pelanggan. 

Mereka juga akan mendapatkan penerangan tentang apakah kerosakan yang dialami, sebelum kereta diserahkan kepada mekanik. Malah, pelanggan dibenarkan untuk pergi ke servis bay dan boleh tengok sendiri kereta diselenggara. 

Walaupun baru sebulan beroperasi, maklum balas yang diterima oleh pelanggan sangat memberangsangkan.

Kewujudannya sudah diuar-uarkan kepada warga Shah alam, Subang, Petaling Jaya dan ramai yang datang. Sabtu dan Ahad konfem penuh. 

Bercakap tentang perancangan masa depan, Eezam mahu meningkatkan lagi kualiti di Petronas AutoExpert Shah Alam, selain menambah jumlah pengambilan harian. 

“Kami juga akan buat perkhidmatan servis bergerak bermula pada Ogos depan. Pelanggan boleh servis kereta di rumah atau pejabat yang dikendalikan oleh tiga pasukan untuk kawasan Shah Alam,” jelas Eezam lagi. 

Bagi menarik perhatian pelanggan, Autohaus KL sentiasa mengadakan promosi. Kemas kini promosi boleh anda dapati daripada laman Facebook rasmi Autohaus KL. 

Maklumat lanjut kunjungi Petronas AutoExpert di:

  • No 43, Jalan 15/23 Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
  • Tel: 03-5523 2003, 11-1218 6846 (Syafiq), 016-441 4179 (Luqman)

GALERI

Google ads
Back to top button