Buletin

HOT WHEELS LANCAR KOLEKSI JAPAN HISTORICS 3 DI AOS 2019!

Acara pameran kereta dan motosikal kustom utama negara, Art of Speed membuka tirainya pada hari dengan pelancaran koleksi terkini daripada Hot Wheels.

Dikenali sebagai Japan Historics siri ketiga, ia sememangnya ditunggu-tunggu oleh para penumpul dan peminat kereta berskala kecil tersebut dari seluruh dunia.

Hadir dalam bentuk lima buah kereta klasik Jepun, ia akan mula dijual pada tahun hadapan. Ia terdiri daripada model Nissan Silvia generasi pertama buatan tahun 1965, Nissan Skyline RS R30, Honda City Turbo II, Mazda Cosmo Sport dan trak pikap Nissan Sunny.

Untuk tatapan pengunjung, Hot Wheels turut membawakan dua model istimewa iaitu Nissan Skyline RS dan Honda City Turbo II di ruang pamerannya.

Harga masih belum diumumkan. Tetapi berdasarkan kepada dua siri terdahulu, ia dijual dalam harga sekitar RM150 satu set. Itu sebelum di‘mark-up’ oleh reseller di luar sana.

Mengikut seorang rakan yang memang pengumpul tegar Hot Wheels, siri sebegini bukanlah rare sangat (jumlahnya banyak), namun permintaan yang sangat tinggi membuatkannya menjadi buruan ramai.

Memanglah koleksi akan dijual di kedai atau supermarket biasa, tetapi biasanya akan dirembat dulu oleh golongan ‘scalper’. Maksudnya, mereka ni ada orang dalam dan akan beli semua dulu sebelum dijual semula.

Kalau korang bernasib baik jumpalah. Kalau tidak, lupakan ajer..

GALERI

Google ads
Back to top button